19 June 2012

Lotihnya!!

Sibuknya hari ni sampai ke petang....namun siap juga bun kacang untuk makan petang. Aduh sekarang baru rasa penatnya badan.

Guru Besar sedang berucap.

Tetamu yang hadir.

Kat sekolah ada hari Konsultansi dengan ibu bapa di  sebelah pagi hari ni  . Kemudian pukul 2 petang kena ganti tempat Wani untuk taklimat  EMIS pula.

                                                             

Semua pelajar yang berjaya diberi hadiah pada hari ini di hadapan ibu bapa yang hadir.
Hadiah tempat pertama, kedua , ketiga. Hadiah murid dapat 5A dan murid yang mendapat 100 % markah dalah peperiksaan semester yang lalu.



Juga upacara menyemat lencana  UPSR 5A Yakin Boleh untuk semua pelajar Tahun 6 sebagai penyuntik semangat oleh  Guru Besar.


Hari yang best , tak sangka Kelas Tahun 1  dapat hadiah penghargaan sebab 100% lulus , RM 50. Bolehlah buat apa-apa  dengan budak-budak tu nanti.

Untungnya ada BM, sementara saya ke Taklimat Emis , dia dok uli doh roti kat rumah. Bila sampai rumah , doh dah naik sampai kena cermin kat atasnya.Nasib baik tak melimpah keluar.

Terima kasih untuk Teacher Isma export gambar-gambar ni.

3 comments:

  1. dulu masa tadika je kut dapat naik pentas ambik hadiah..pastu takde lagi..huhu..tapi bila dah masuk sekolah menengah baru ada sekali dua naik pentas ambik hadiah :D

    ReplyDelete
  2. assalam nieda..rehat ye..boleh hilangkan letih

    ReplyDelete
  3. hari anugerah sek akak dah lepas, jumaat ni plak hari report card, tensyen sebab saps bengong jer,... ada pengalaman sama ker?

    ReplyDelete