14 June 2012

Terengganu kite

 Tasik Banding
Pertama kali singgah . Selalu laju je ...

Rancangan bercuti ke Terengganu terjadi  bila abang dari KL balik bercuti. Kami pada asalnya tak ke mana-mana selepas maknya balik dari Hadyai dan abahnya akan ke  Vietnam dan Phenom Penh pada minggu kedua cuti.

Anak-anak dok menanya nak cuti mana pada abah. Budak-budak sekarang asal cuti sekolah nak jalan saja.

Kesian pula budak-budak ni  . Cuti pun ada lagi. Maka akhirnya rancangan tak dirancang terjadi dengan jayanya. Kena bawa maktok sekali sebab saudara mara ramai kat Marang. Kalau hotel penuh  tak ada masalah dah.

Namun bila diberitahu kedatangan kami, tak  susah hati ramai yang mempelawa tidur di rumah mereka. Nenek sebelah mak orang Pulau Rusa jadi sepupu sepapat ramai kat sana.  Tujuan kami , sambil bercuti sambil menziarah. Mak saudara saya masih ada sorang lagi. 2 yang lain dan tiada , tinggal anak-anak sajalah.

 Bot ini membawa penumpang dengan kadar sewa tertentu. Ada pakej memancing RM 800/ 8 orang  untuk satu bot yang boleh dinaiki . Sebab tu cik abang saya singgah sini  untuk tinjau pakej yang ada . Namun bila diberitahu terpaksa berjalan kaki selama 4 jam ke tempat memancing langsung tak jadi.



Tempat wajib singgah di Puncak Titiwangsa. Sejuk, nyaman angin bertiup di sini .
View yang cantik.

Dari Puncak Titiwangsa lagi .

 Orang tok sah kata , punyalah ramai.Mengalahkan orang ke KL pula.
Kelantan dan Terengganu memang destinasi popular bercuti sekarang . Ada orang semata-mata ke sana sebab nak cari makanan  saja, nasi dagang , nasi kerabu, kerepok lekor dan nak cari sutera selai dua.



 Sepanjang perjalanan berselisih dengan geng Vespa . 
Masa pergi laju dan bergaya saja mereka ni . Masa balik , bertembung juga tapi tak sehebat masa pergi.
Ada group yang berhenti di tengah jalan sebab ada ahli yang ada masalah vespa pula. 
Kesian .
Masa tu dah petang. Bila jam pula nak sampai ke rumah.

 
Tempat wajib bergambar. Penuh kiri kanan orang dok menembak.
Orang Terengganu /  Kelantan tak singgah sini ke?

6 comments:

  1. yeahhhh ganu kite
    salam kenal :)
    kunjungan balas

    ReplyDelete
  2. chik na pun selalu singgah Merehatkan diri kat Tasik Banding ni every time balik kg dari KB-Kedah atau sebaliknya :D...

    ReplyDelete
  3. Pernah singgah sini dari Kulim - Pasir Mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pegi lagi...

      cantiknya view...mesti sejuk je kan kak...

      Delete
  4. seronoknyaaa kak,
    saya pun suka g terengganu ...
    baru beberapa kali ke sana rasa tak habis jelajah lagi ...

    phnom penh pun best juga utk window shopping kak ;)

    ReplyDelete
  5. seronok kan anak2 dapat berrjalan.. waktu cuti lagi pun..

    ReplyDelete