Projek hari ini, untuk juadah berbuka. Bukan senang nak buat kek ni, masa baca resepi pun dah pening.
Mana taknya sampai 3 bahagian yang kena faham betul-betul. Bahagian karemal, lapisan kek , dan merinque.
Kat mana nak guna telur putih, dan yang mana guna telur kuning.Merinque pula tak boleh bercampur langsung dengan telur kuning .Kalau bercampur alamatnya tak jadilah kek kita ni.
Pertama kali buat, kek bantat . Tak naik langsung tapi karemelnya sedap. Jawabnya makan karemel sajalah.
Hari ni pula , proses kejadiannya amat baik sekali. Merinque pun kalau terbalikkan tak jatuh . Mesti telur putih betul-betul kembang dan bertanduk.
Merinque dari google.
Namun pasal tak sabar, bila kek dah masak terus diterbalikkan ke dalam pinggan , habis karemel tumpah ke bawah. Bukan setakat tumpah dalam pinggan tapi sampai banjir ke bawah meja. Huhuhu......jadilah lapisan karemel nipis sahaja.
Sepatutnya tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuannya. Ini tidak keluar oven terus nak masuk dalam pinggan.
" Eh! kek dah siap " kata Shauqi.
Assalamualaikum Yong, amboi khusyuknya dia kaji kek sepotong tu!
ReplyDeleteala sayangnya kek dah cun tapi tragedi lah pulak. Saya pulak kalau buat kek selalu tak penyabo nak telangkupkan dari loyang. Pastu nyesal sebab dpt hasil tak memuaskan hati hehe..
ReplyDeletesama la tu.
Deletesampai juling dia tenung kek karamel ituuuu!!
ReplyDeletedah lama nak cuba buat, tp takut tak jadi
ReplyDeletehari ni nak cuba buatlah sebab semua bahan memang ada di rumah.
ooo..kena tunggu sejuk ye..aritu masa buat saya main taram je keluarkan panas2.. nasib baik tak berterabur..
ReplyDelete