20 August 2012

RAYA 2012

Kenangan Raya 2012.

Gambar keluarga  beraya di rumah mertua. Selepas bersolat sunat aidil fitri ,kami menziarah ke kubur arwah ibu mertua., dan nenek. Rutin wajib setiap tahun.

Tengahari , kami beraya di rumah mak saya pula. Padahal mak lebih banyak tinggal bersama kami . Namun bila raya balik beraya di kampung bersama adik perempuan saya pula.

 Kampung kami tak jauh dapatlah beraya di kedua-dua rumah. Paling best, walaupun kata balik kampung tapi dapat singgah juga di rumah sendiri untuk menukar pakaian. Antara 3 buah rumah - rumah mak saya, mertua dan rumah kami berdekatan.

Raya kedua pula berkonvoi adik beradik berjalan raya .
Sempat lagi singgah beli cincin . Ada yang nak bertunang pula nanti.


4 comments:

  1. selamat hari raya.. kitarang belum sempat lagi nak beraya...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya k.nieda. Time beraya ni lah baru teringat kalau kawin org dekat2 kan senang hiihii...

    ReplyDelete
  3. assalam nieda..selamat hari raya..acik dah mula kerja hari ni..
    untung nieda bila rumah dekat2 macam tu kan..tak de masaalah beraya

    ReplyDelete