Buat Duit

Friday, September 7, 2012

Shauqi dah masuk sekolah.

Cerita Shauqi masuk sekolah pula hari.
 
Baru empat tahun , tapi apa salahnya mak dia nak hantar masuk tadika. Tiba-tiba rasa hati nak suruh dia belajar .Dapat sikit-sikit pun tak apa. Asal dapat ilmu. 
Daripada duduk kat rumah tak buat apa-apa.

Lepas cuti pertengahan tahun bulan Jun lepas , kami mula daftarkan dia di sekolah Tadika Islam Perak berhampiran rumah.  Tapi bukan mak ayahnya yang pergi daftarkan, pak ndak dan mak ndak(pengasuhnya) yang uruskan.Shauqi panggil bapa dan ummi.

Sekali ada juga maknya pergi sekolahnya, aik.... takkan nak serah bulat-bulat kat orangkan.Masa nak ambil Shauqi balik, rupa-rupanya ummi tu tunggu dari pagi lagi .Minggu pertama sekolah, rupa-rupanya depa ni dok tunggu anak ni.
Kesian la kat depa dua laki bini ni.Lepas tu pesan tak payah tunggu dah. Budak ni kalau dok tunggu menggada sikit.

Hari pertama bayar yuran , buku dan pakaian sukan sahaja yang dapat . Uniform  ungu sekolah kena buat sendiri. Sekolah dah tak sediakan pulak. Maklumlah masuk tengah tahun.

Mula -mula ingat nak beli yang siap...tapi tak jumpa pula. Last-last beli kain lah jawabnya . 
Tapi masa tu dah dekat nak raya tukang jahit dulukan baju raya pula.
Akhirnya baru semalam siap dan dapat pakai hari ni. 

Wah ! punya lama dok menunggu  baju sekolahnya.
Tapi dia tak kesah pun , hari -hari pergi sekolah pakai seluar panjang dengan tshirt macam nak pergi  jejalan pulak.

              Gambar tahun lepas di hadapan  rumah asal Mantan PM , Tun Dr Mahathir di Alor Star, Jalan Kilang Ais. Kat tepi tu memang ada kilang ais. maknanya kilang tu dah lama beroperasi.

.
Bukit Bendera


 Tasik Banding dengan Abang Aiman, dan Hafiz(sepupu)

Inilah uniform sekolah yang baru siap. 

Jumpa lagi.

5 comments:

  1. uikh semangat Shauqi nk ke sekolah..comel jek

    ReplyDelete
  2. hehehe..bila anak nak masuk sekolah ni sure mak bapak pun ikut rasa eksaited kan..bes bes.comel je shauqi..

    ReplyDelete
  3. salam Nieda...semoga makin semangat g sekolah sbb dah ada uniform baru...Selamat hari raya dr k.atie ya

    ReplyDelete
  4. shauqi yang sangat coomellll!! kmslm kat shauqi kak.. [^^,]

    ReplyDelete
  5. semangatnya nak ke sekolah ye Shauqi ni..... anak munna thn depan baru masuk sekolah

    ReplyDelete