Buat Duit

Wednesday, October 17, 2012

Resepi Roti dan tunjuk cara .

Kak Ni  kata kalau masak-masak tempek lah gambar dalam blog.
Kebetulan hari ni meroti, jadi rotilah yang masuk blog.


 Bun kacang merah.
Selalu buat doh bulat saja . hari ni try pesen ni pula.

Caranya
.
.
.
.
.
.

 Mula-mula ambil adunan dan isilkan inti kacang merah. Inti belisiap dikedai baking saja.
Kemudian leperkan dan potong tapi jangan putus. 
Tinggalkan sebahagian lagi , dan gulung . Mulakan dari bahagian atas (bahagian rata).
Bengkokkan sikit adunan tersebut.

Bengkokkan  macam ni.

 ini roti dandan .Di atasnya ada taburan gula , parutan keju dan sedikit daun pasley (tak nampakkan?)
Gentelkan  3 adunan panjang dan mula mendandan. Macam dandan rambut. Kemudian sambungkan hujungnya.

 Dari doh yang sama juga saya bulat-bulatkan. Bun kosong itu berisi dengan kacang merah dan 
satu lagi hanya parutan keju , pasley dan gula di atasnya.Macam yang dandan tadi.

Hasilnya macam-macam ada.

Resepi Roti dari Ros Jintan Manis . Saya guna resepi ini butterolls.Nanti kalau lupa boleh cari kat sini. 

Dulu dah hilang resepi roti yang selalu buat sure jadi.Gelabah mencari resepi  balik.

Selamat mencuba.

8 comments:

  1. besttttttnya
    guna breadmaker atau uli pakai tgn?
    akak x pernah buat sendiri roti...asyik beli je.
    Syokkk...dpt buat mcm2 jenis sekali buat

    ReplyDelete
  2. Pakai breadmaker. sbb tu boleh je buat lpas balik kerja pon.

    ReplyDelete
  3. salam nieda..mai seketoi...leh celop kopi!! umpph!!

    ReplyDelete
  4. sedapnya pekena dgn teh o panas...gebu...cantik...

    ReplyDelete
  5. saya nak merajuk buat roti utk anak2..diorang kata roti ibu tak sedap..hahaha..

    ReplyDelete
  6. amboi...pandainya akak buat...ni yg saya nak beli breadmaker jugak ni...
    nampak gebu gebas tu...

    ReplyDelete
  7. wooowwwww..... sangat berair2 dah tekak ni...!!!

    ReplyDelete
  8. wahhh....mesti harummm je masa tengah membaking tu kan?

    ReplyDelete