Buat Duit

Sunday, November 4, 2012

Hari Konvo Shauqi

Bergambar di hadapan sekolah tadika nya.
Jangan tertipu...gambar atas gambar.
Gambar ini adalah gambar yang dah dibingkaikan oleh cikgunya.

 Sempena hari konvonya , dia dapat beg sekolah ,sijil. bunga, pencil case (warna hijau) dan gambar beramai-ramai, botol air dan gambarnya sendiri.


 Tak sangka juga , Shauqi dapat anugerah kebersihan kategori 5 tahun.
Ada RM 10 di dalam sampul.

Latihan koir untuk hari Anugerah.

Tapi hari konvo Shauqi ,mak tak sempat pergi  pun. Shauqi pergi dengan abah sahaja. 
Mak  dan abang Izat dan Wafi kat sekolah bersama pelajar-pelajar  berlatih koir.
Ingat sempat pergi rupa-rupa majlis konvo tamat awal. 
Tak apalah Shauqi mak tengok gambar sahaja.
Ada rezeki tahun depan pula.

4 comments:

  1. assalam Nieda..Tahniah shauqi..ada ayah datang pun shauqi dah seronok..janji ada yang tengok shauqi konvo.

    ReplyDelete