02 November 2012

Sagu kembang bak tepung

Hari ni, sekolah kami ada majlis Sambutan Hari raya Aidil Adha dan program panitia agama. Selepas selesai semua aturcara wajib ada acara makan-makan pula. Menu kami hari ini soto ayam , ais kacang, kuih -muih, mee goreng, rojak buah, bihun sup. Itu semua dah buat  kenyang sampai ke petang.

Ada makanan yang ditempah dan ada yang buat sendiri. Macam soto dan kuih-muih , order saja. Yang senang -senang macam rojak beli buah , beli kuih rojak gaul sendiri.

Bahan -bahan yang perlu disediakan di rumah diagih-agih kawan-kawan . Saya kena bahagian masak sagu untuk bahan ais kacang.  Tukang beli orang lain . Bergotong -royong sungguh.

Bila nak masak , kekdahnya macam nak masak sagu  saiz kecil (selalu saya redam sekejap supaya cepat kembangnya ). Sagu besar ni tak pernah buat. Bila pusing sekejap saja saya tengok sagu tadi ada yag dah pecah-pecah. Alamak ! mati aku.Terus didihkan . Lagi haru , dah tak nampak rupa sagu. Dah jadi tepung pula. Sudahlah siap-siap diwarnakan merah. Kalau tak boleh jadikan gam. Gam warna merah.

Ingat senang . Rupanya susah juga kalau tak tahu. Rosak sebelangga sagu . Saya gantikan dengan kacang tanah goreng.

Namun hari ni , ais kacang  sedap juga . Ada bahan lain lengkung, cendol, kacang merah, kacag tanah, jagung sebagai perencahnya.

Lain  kali tak tahu tanya dulu.


5 comments:

  1. xpe kak..belajar dari kesilapan :')

    ReplyDelete
  2. salam Nieda...bestnya klu ada gotong royong camni,InsyaAllah bljr dr pengalamankn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kalau buat kerja gotong royang semua ada tugas masing2 dan yang penting cepat siap.

      Delete
  3. assalam nieda..acik pun tak pernah guna sagu besar tu..lagi cepat kembang ye...ingatkan besar lambat kan..terima kasih Nieda..bagi tau

    ReplyDelete