Buat Duit

Saturday, November 17, 2012

Silap sampul

Bila baca entry Wahida tentang duit raya anaknya ,teringat kisah duit raya anak saya. Saya suka letak dalam sampul dan tulis nama anak-anak. Selalunya saya jaga  duit raya  anak lelaki yang  3 orang   Izzat ,Wafi dan Shauqi . Lagi 2 orang yang dah besar mereka pegang sendiri.

Sampul duit tu pula kebetulannya hari tu saya simpan dalam beg tangan. Nak jadi cerita masa saya pergi melawat kawan yang baru bersalin saya pun bagi sampul duit tu. Sebelum pergi dah masukkan duit siap-siap dalam sampul dan  letak dalam beg tangan juga. Masih tak perasan duit anak sendiri yang diberi walau pun dah sampai rumah.

Esoknya kawan saya telefon .Kenapalah bagi banyak sangat duit kat anak dia yang baru bersalin katanya. Time tu baru tersedar  tersilap sampul rupanya.

Lain kali kena hati-hati jangan letak banyak sampul sekali gus dalam beg tangan .






1 comment: