Buat Duit

Saturday, November 17, 2012

Pau


Nak buat pau tak semestinya dengan tepung pau dari kedai bakery. Tepung gandum biasa pun boleh. Jadi juga tapi taklah putih macam pau Tanjung Malim yang femes tu.

Hari tu  buat pau dengan tepung gandum dan berintikan kelapa manis(masak dengan gula merah dulu). Bila doh dah sebati , tak perlu tunggu naik 2 kali ganda macam nak buat roti. Terus kita buat doh kecil-kecil dan sedia untuk masukkan inti.

Bila nak kukus ikut giliran yang mana doh yang siap dulu untuk kita kukus dulu. kukus pun tak boleh lama nanti pau overcook dah tak cantik pula.

Fahaman saya tentang cara buat pau selama ni salah. Rupa-rupanya tak payah tunggu doh naik.

Sukatannya :
Sekilo tepung
1 paket yis
2 sudu minyak masak
2 sudu susu pekat
sedikit garam

Caranya:
Masukkan semua bahan dan uli hingga sebati. Bila tepung dah tak melekat di tangan buat doh kecil-kecil. Masukkan inti dan sedia untuk dikukus.



8 comments:

  1. Pernah belajar buat pau tapi takut nak buat sendiri... belum yakin lagi, memang masa kukus tak boleh lama, nanti pau lembek semula.

    ReplyDelete
  2. boleh kucup balik pau ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. hari tu tengok Master chef malaysia....ada ajar buat pau.
    Syok kalau boleh buat sendiri kan...mcm2 inti boleh letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut selera . pilih je unti apa. nak manis @ pedas . semua boleh

      Delete
  4. Dulu masa sekolah pernah makan pau T.Malim, sekarang bila pakchaq tanya nak makan pau Yik Mun ke? rasa tak teringin pulak.

    Makchaq baru tau pau tak payah tunggu doh naik.. sebenaqnyabertaun dah tak buat pau, w/pun makchaq memang suka pau kampung dari pau gebu besaq tu..

    ReplyDelete
  5. assalam nieda..sama resepi kita..1 bungkus yis untuk se kg tepung..buat donut pun acik ikut sukatan yang sama

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Baru tau boleh guna tepung gandum...KIV for next project ;)

    ReplyDelete