31 December 2012

HCMC - part 2

Bersemangat pula bila ramai yang tweet-tweet nak baca cerita Vietnam ni. Bila sampai seru laju saja tekan keyboard. 

Kasih Redza, Daddy Ziyyad dan Nekcik dah keloi-keloi.


Ini kedai kopi terkenal seperti yang dinyatakan oleh Dove pemandu pelancong kami di sana. Gambar pun dari dalam bas saja.

 Bila ke Vietnam wajib minum kopi di sana. 
Memang rasa kopi Vietnam mengancam habis. 
Selepas balik dari cuci mata di pasar malam , kami 3 beranak singgah di Serai Restoren pekena kopi. 
Saya order kopi panas , Alia kopi ais , abahnya teh tarik.
Setiap satu 34,000 dong.
Cuba convert sendiri , mak tak reti.


Sehingga kini saya teringat-ingat kopi yang diminum di sana.
Mungkin mereka menggunakan susu cair bukan susu pekat .


Kaki lima di hadapan Hotel penginapan kami- Thianh Lien.
Penjual dah sampai seawal 8 pagi di sana.  Pukul 9 pagi  Malaysia .Tapi lagi dasyat jika di Indonesia. Lebih  ramai dan serabut dengan jurujual..


 Penjual nasi lemak halal. Lambat sampai , kami semua dah kenyang makan roti.

 Sementara tunggu bas datang , sempat lagi servis kasut. 
Dapat RM  7.50.

Malam pertama, kami dibawa makan di restoren Shamsudin. Dicelah-celah lorong kami dibawa. Kedai makan halal ini terletak di bahgian belakang kedai makan non halal.

Satu lagi cawangannya dekat Terowong Chu Chi. Baru dibuka. Kami makn di situ pada hari ketiga.


Makan malam kami di malam pertama setelah kami tiba di sini.
Kami sampai dalam pukul  2 petang.
Member lain siap pergi window shooping di Pasar Ben Thanh.
Akak berehat di dalam bilik saja sementara menunggu temu janji makan malam dan  ke Sungai Saigon naik kapal.

 Kenyang di Restoren Samsuddin.

Alamatnya :

445 Le Hong Phong,
 P2, Q.10 Tp, HCM.
email  : kedai _shamsuddin@yahoo.com
http: ///www.restoren-shamsuddin.com.vn





1 comment:

  1. salam...teringin nak pg saigon lagi..best shoping kain cotton..hehe
    p/s: pakcik nasik lemak tu memg glamer kot kat sana, dulu pun ada terjumpa jugak dia...tapi kami pun tak beli pun..

    ReplyDelete