Susahnya nak dapat feel menulis percutian ke kota HCM ini. Nak tunggu semangat datang berhari-hari.
Bila modem kena kilat 4 hari sebelum bertolak, maka saya fikir lebih baik modem diganti selepas pulang dari bercuti.
Kami bertolak pada 17 Disember lalu dan pulang pada 20 Disember. Namun kami dah keluar awal sehari dari rumah dan bermalam sehari di rumah baru abang ipar di Senawang. Selalu kami lepak di Mandy Apartment sebelum terbang ke mana-mana destinasi. Kali ni bergerak dari Senawang ke LCCT. Punya ramai orang nak bercuti , bila masuk jalan ke LCCT saja kereta menderu-deru menuju ke sana.
Cerita KAT SINI. Ada DISINI JUGA.
Abang ipar pun selalu ikut makan angin tapi kali ini mereka berpindah rumah jadi tak ikut ke HCMC. Tahun depanlah agenda melancong bersama.
Kami dibri sarapan pagi dan dijamin halal oleh Dove . Makan juga disediakan dibilik lain.
Hari pertama ada nasi goreng dan roti. Pagi kedua ada popia goreng . Tapi kami hanya makan roti saja setiap pagi.

Taman Bandar Senawang.
Dulu rumah tinggi sekarang rumah bawah pula. Senang anak-anak nak bermain.
Duduk sebelah mamat Vietnam. Mula-mula ingat cina Malaysia tapi silap.Nak balik kampung kut.
Cakap pakai bahasa isyarat saja. Dia tibai cakap bahasa Vietnam dengan saya . Mana nak faham. Cakap bahasa inggeris dia pula tak faham.
Gambar ni dia yang tolong ambilkan. Sampai 14 keping sekali dia petik.
Nanti kalau tak ada idea nak post entry boleh boh gambar siri ini.
Dah sampai , sedang tunggu nak kutip bag.
Sejuk dalam kapal terbang terasa nak terkucil . Tak tahan dah. Tapi perlu diingatkan kat airport Vietnam tak disediakan air di dalam tandas. Kita perlu bawa botol mineral dan isi air di situ.
Masa sampai hari tu penuh dengan orang Malaysia beratur nak masuk tandas dengan botol mineral.
Dalam penerbangan majoriti orang Malaysia saja. Boleh kira bangsa mereka sendiri.
Kami disambut oleh Dove , pemandu pelancong selama 4 hari 3 malam kami di sana . Dove ni menggunakan bahasa Indonesia semasa berinteraksi dengan kami. Berselang seli dengan bahasa Inggeris sekali sekala. Dia juga boeh berbahasa Jepun juga.
Sekarang orang Indonesia dan Malaysia merupakan pelancong utama ke sana. Nak tak nak kena belajar bahasa Indonesia. Dia belajar bahasa Indonesia selama 4 bulan sahaja.
Bilik kami . 1 katil besar dan 1 katil bujang.ada tv lcd, dan cerek air.Bilik air pun bersih dengan bath tab sekali . aksesori mandian juga di sediakan seperti berus dan ubat gigi, sikat rambut, putik kapas dan ada juga pencukur . Benda-benda yang tetap ada seperti shower cap. Saya jarang jumpa pencukur di sediakan sekali. Bestnya setiap hari benda-benda akan berganti.
Kami dibri sarapan pagi dan dijamin halal oleh Dove . Makan juga disediakan dibilik lain.
Hari pertama ada nasi goreng dan roti. Pagi kedua ada popia goreng . Tapi kami hanya makan roti saja setiap pagi.
Keropok juga ada . Tapi kena bayar.
Tak makan pun . Bekalan dari Malysia masih ada.Mula-mula tu , Shauqi nak juga. tapi bila kena pujuk ok jelah.
Nasib baik Shauqi dengar kata.
Lobi. 4 beradik.
Sorang lagi kat sini. Jual mahal pula.
Bia terbang diawan biru, rasa bahagia melihat keindahan ciptaan
Tuhan. Suka tengok awan-awan putih di luar tingkap.
Bila mahluk yang hidup di bawah berada di angkasa ia merupakan satu nikmat bagi saya. Bila lagi peluang ini datang kembali.
Hotel kami:
Thanh Lien Hotel,135-137 Ly Tu Trong St,
Ben Thanh Ward, Dist 1, HCMC.
Tel: (848)38234372
email : contact@thanhlienhotel.com.vn
website: www.thanhlienhotel.com.vn
Selamat Tahun Baru 1213.
Cepatnya masa berlalu.
bestnyer..teringat ke vietnam bulan 12 thun lps..syokknyerr
ReplyDeletebest pengalaman mkan angin di tmpt orang.
Deletebestnya pegi vietnam..cantik bilik dia..
ReplyDeleterasa2 dlm 3 bintang saja tapi bersih dan serba lengkap.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletebestnya.. teringin nk gi sini....
Semoga tahun 2013 ini menjanjikan 1001 keseronokan untuk anda...
mudah2an 1213 membawa kebahgian dunia dan akhirat.
DeleteSelamat Tahun Baru..
ReplyDeleteTunggu entri2 berikutnya pasal vietnam ni..:)
tunggu part2 seterusnya ya.
DeleteSeronoknya..harap2 one day dpt bawa keluarga bercuti di sini...
ReplyDeletefirst time singgah sini kan. welcame 3x.
DeleteWaa wa..Nieda dah sampai HCM dah ye..lahai tabung ayam Nekcik blom penuh lah pulak nak nyoping telekung!!!
ReplyDeletemesti wajib beli telekung kalau ke sini. telekungnya sejuk dan selesa.
Deletewah, bestnya kak..teringin jugak nak bercuti luar Malaysia ni..hehe..
ReplyDeletemmg pun..jgn lupa simpan botol mineral tu dlm beg incase nak terkucil boleh isi air bawak masuk toilet.hehe
ReplyDeleteharapan nak pegi lagi Jan2013 mcm tak kesampaian je.huhu
bestnyaa...tak sabar rsnya nk fly pergi sama bulan dua ni..nk tnya, passport mmg org hotel akan pegang ke sepanjang kita kat sana?
ReplyDelete