Buat Duit

Tuesday, January 22, 2013

HCMC-apa yang anda perlu tahu .

Salah satu mercu tanda di Vietnam. Terletak berhampiran Pasar Ben Thanh.

 Nasib malang saya semasa di dalam Pasar Ben Thanh yang terkenal ini. 
Kalau tak masuk macam tak sah pula .

Percaya atau tidak .... saya telah di sepak oleh seorang peniaga wanita di sini.
Tapi tak kuat  pun , namun bila kaki naik ke punggung saya rasa nak marah juga.

Mereka duduk ( macam dalam gambar) bila kita lalu di hadapan kedai mereka tapi tak singgah , disepaknya saya. Saya tak perasaan , ingat anak yang ikut di belakang yang cuit. Tapi bila dah jauh sikit baru  
Alia bagi  tahu. 
Geramnya.
Kurang ajar betul.


 Singgahlah di sini untuk membeli baju kurung siap dengan labuci. 
Ada kedai di sini yang menjual kurang daripada RM 50 tau!

Bukan itu saja , ada beg , kasut , jam tangan dan sebagainya.

Jangan tertipu dengan helah si pendayung sampan ni. 
Asyik berlakun penat dan lap peluh tak habis-habis. 
Tektik nak minta tip lebih .

 Berhati -hati memilih makanan. Jika pemandu pelancung anda bukan muslim mereka hanya tahu "Pork Free". Yang lain boleh makan.

Harga makanan mahal jika  pergi sendiri.
Jika dengan egen perlancungan murah sikit. Makan pun mewah.

 Peminta sedekah ramai.
Lepas diberi sedikit sumbangan boleh pula jalan elok.
Bukan yang ini , yang lain.

Pemanduan sebelah kiri ye. 

Pandai-pandailah menggunakan mata wang semasa membeli belah. 
Tawar separuh harga . Kalau berani tawar ,  tawar  lagi khaw-khaw. Kalau peniaga setuju, untunglah anda. Kalau tidak pergi kedai lain.

Mereka akan marah jika selepas ditawar tapi kita tak jadi beli.
Apa aku kesah. 

Tadah telinga saja. Tapi  kita tak faham sebutir pun apa yang dikata.

Cukuplah cerita di HCMC . 
Letih dah.

4 comments:

  1. hmmmm...

    saya tak ada perasaan lagi nak ke HCMC..
    kenapa ek...

    ReplyDelete
  2. Ada juga kak Zai dengar cerita yang kurang enak bagi mereka yang dah pernah ke HCMC.

    ReplyDelete
  3. ish...kena sepak? mmg kurang ajar...festaim saya dgr citer gini kak...huhu...

    ReplyDelete
  4. menarik juga tempat ni..tp kalau dah negara asing tu memang macam gitu la..malaysia jugak la yang aman sejahtera..

    ReplyDelete