Buat Duit

Saturday, January 19, 2013

Minggu terakhir di SMK Taman Tasik , Taiping.


    Lokasi : Halal Saigon, Vietnam.

Ya, benar. Minggu ini adalah minggu terakhir anakku Nurain Nadhirah berada di sekolahnya.Selepas tiga tahun berada di sini dengan pahit manisnya belajar, bertemu kawan baru dan membesar, dia akan berpindah sekolah  untuk kesinambungan pelajarannya jauh di kota besar.

Minggu lalu , setelah keputusan ke SBP diumumkan , dia antara pelajar yang berjaya  ditawarkan ke Sekolah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur.

Mana bisa , menolaknya. nanti tiada lagi peluang kedua. Walaupun jauh , reda sajalah. Nanti-nanti mungkin lagi jauh untuk menyambung pelajaran. Mana ada universiti belakang rumah. In Sya Allah. Semoga Ain akan berjaya ke situ suatu hari nanti.

Ramai juga , kawan-kawannya yang ditawarkan ke SBP tahun ini. Lebih 40 pelajar akan keluar ke sekolah baru. Namun hanya 10 orang saja pelajar perempuan yang terpilih pada intake pertama ini.

Lihatlah nisbah pelajar lelaki dan perempuan ini. Jauh bezanya . Jadi pelajar lelaki ambil peluang ini untuk terus maju ke hadapan.

Tentu Ain sedih nak tinggalkan  SMK Taman Tasik . Sekolah indah di kaki Taman Tasik Taiping. Di kaki Gunung Larut. Hawa nyaman selalu , sesekali berkabus. Semua itu akan jadi kenangan indah .

Ain , walau di mana pun kita berada  solat jangan tinggal, pegang agama sebagai teras kehidupan.
Tekat dalam hati untuk terus berjaya dan berjaya . Semoga Ain dilindungi Allah hendaknya walau di mana Ain berada.

Jarak yang jauh , mak dan abah tak dapat berkunjung selalu. Tak macam di Taman Tasik seperti sekarang. Tiap-tiap minggu boleh jumpa. Tapi kat sana keadaan yang sama sukar berulang. Tapi ingatan dan kasih sayang untuk Ain tak akan berkurang.

Semoga Ain akan berjaya mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
Amin.

* tiba-tiba emo pula .... huhuhu..


8 comments:

  1. assalam nieda..semoga ain berjaya menghadapinya..berjauhan dari keluarga demi masa depan

    ReplyDelete
  2. salam..semoga ain mampu menyahut cabaran dan pesanan2 ibu tercinta..insyaAllah.. saya doakan yg terbaik untuk ain dan akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Semoga ain dapat menghadapi segala dugaan di tempat baru. Benarrr....walau apa pun, solat jgn ditinggalkan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nieda..dan tahniah nekcik ucapkan untuk ibu dan anak..bukan ubat batok ye...nekcik doakn semuaga ain berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat..insya Allah...dan teruskan berpesan berpesan walaupun jauh di mata biarlah dekat di hati!! insya Allah

      Delete
  5. salam perkenal,balas kunjungan

    insyAllah itu yg terbaik

    semoga menjadi insan yg berdikari ,matang dan berjaya

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Ain dan juga Nieda.

    Memang agak sedih melepaskan anak perempuan berbanding anak lelaki. Kak Zai sudah melalui situasi sebegitu. Walau apa pun Ain kuatkan semangat, auntie doakan semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kepada semua yg meninggalkan komen.
      Besar harapan ibu untuk melihat kejayan anak2.

      Delete