03 January 2013

HCMC Part -4

Nampak tak dari kejauhan kubur yang berwarna putih  tu?
Tak boleh nak zoom .

 Perjalanan ke Delta Mekong bermula seawal 8 pagi Vietnam.Selepas sarapan pagi di hotel kami pun bergerak ke sana. Perjalan agak lama lebih sejam dengan bas.

Dalam perjalanan kami ternampak  kubur-kubur di dalam petak tanah milik  sendiri. Ada yang begitu hampir dengan rumah juga kelihatan.
Sepanjang jalan kiri dan kanan dengan seni bina batu yang pebagai warna.

Menurut Dove , zaman perang dulu mayat hanya di tanam berhampiran dengan rumah masing -masing atas tekanan peperangan yang sedang berlaku.
 Sekarang tidak lagi. Mereka sudah ada kawasan  kubur  yang dikhaskan.

 Di sinilah kami dibawa menaiki bot ke perkampungan memproses gula-gula dari kelapa. Sebenarnya ada empat  lokasi yang kami lawati dengan aktiviti berbeza yang bermula dari sini ke pulau-pulau yang akan di bawa oleh Dove.

 Dove dengan bendera Vietnamnya.

 Sebelum naik bot sempat lagi beli topi .
Di sini boleh dapat FM dan keychain yang murah. 
Selalu mereka offer RM 10 dalam 10 ketui tapi kat sini boleh dapat 6 ringgit dan 9 ringgit untuk FM.


Naik bot beramai-ramai.

Lokasi Pertama - Cocunut Candy. 

 Santan kelapa yang akan dibuat candy kelapa.
Kami tak beli pun . Sedikit tengit rasanya.

 Candy sedang diproses.

 Mesin mengadun


 Bahan kraf dari batang kelapa. 
Di sini hanya beli senduk dari batang kelapa saja.
4 pcs (pelbagai bentuk) dalam 9 ringgit. Kalau yang kecil sikit 2 dollar saja.  Bayar dengan dollar tau, kalau tak jangan harap dapat bakinya.

Dari sini kami ke bahagian madu lebah pula. Hanya berjalan kaki ke kampung sebelah. 
.
Lokasi kedua - Tempat madu lebah
Shauqi tengah bancuh teh madu + limau.

Dari kiri Kak Ida, Cikgu Aziz dan Maktok.
Tengah tunggu nak rasa teh + madu+ limau.

Eeeee...Shauqi takut tengok lebah yang banyak.  Lebah tak gigit pun .

Celup jari untuk rasa lebah di sarangnya .
 Manis.

Sebelum gerak ke tempat lain sempat lagi bergambar dengan reptilia ini.
Berani sungguh Cikgu Ana ni aih!

\
Cikgu Aziz dan Kak Noriah serta Dove.

Kami berjalan kaki di laluan yang dibina  ke lokasi-lokasi lawatan.

Lokasi selepas ini tunggu part 5 pulalah.

Terima kasih pada sahabat-sahabat saya ni Ana dan Zatul . 
Saya cedok gambar dari FB mereka berdua.


Post a Comment