Buat Duit

Friday, January 4, 2013

HCMC- Restoren yang kami singgah.

Kalau ke Vietnam jangan lupa pekena kopi di sana sejuk atau panas.
Memang boleh buat kita gila bayang bila dah balik Malaysia.
Masa ni minum di Serai Restoren lepas balik dari pasar malam di sana.
34 000 dong segelas .


Kami bertiga beranak saja. 

Ini tempat kami makan malam pertama setelah sampai di sana. Restoren Shamsuddin.
Nasi putih , nasi goreng pun ada.  Lauk pauk yang sedap dan menyelerakan.

Kuih bingka ubi yang sedap dan popia goreng sebagai pencuci mulut kut.

Bestnya tuan punya restoren siap menghantar di luar kedai bila kami dah selesai makan.
Bukan di sini saja , kebanyakan restoren macam tu.


Dua meja besar untuk rombongan kami. Kedai Shamsuddin ini danyak menggunakan hiasan kraf 
dari kulit telur  di sebelah belakang tu. Menurut Dove orang berada saja yang mampu beli perhiasan sebegitu untuk rumah mereka. Mahal tau .


D' Nyonya 
 

Somtam, isi ikan masak pedas dan tomyam.

Makan jangan tak makan.

Malam ini mak tok (mak saya) tak turun sakit perut . Kami order  sendiri nasi putih + telur dadar dan sayur campur macam dalam gambar tu  . Kena bayar RM 22.
Mahalkan makanan halal Vietnam.
Tapi kata Dove kos bagi yang ikut pakej adalah lebih murah.





 Tauke @ pengurus orang Malaysia di pintu masuk restoren.
Blur pula gambar.


Ini pula cawangan Restoren Shamsuddin , restoren yang kami makan mula-mula tadi. Restoren ini terletak berhampiran Terowong Chu Chi.
Lepas lawatan di situ kami terus menjamu selera di sini untuk makan tengahari.
Luas , besar dan bersih.

 Pintu masuk utama.
Lanskap pun cantik. Pun banyak gambar-gambar kraf bergantungan di dalamnya

 Tauhu sumbat tu sedap. Bantai makan 2 ketui.

 The Halal Saiqon- Tauke dia orang Kelantan. Baru ambil alih berniaga 4 bulan. 
Bagusnya dia datang layan sendiri kami makan. Maklumlah orang malaysia datang.

Halal Saigon dari luar.
Kami makan malam  kedua di sini.

 Dibawa ke tingkat atas untuk menjamu selera.

Bebola kentang bersalut serbuk roti, ikan masak 3 rasa , sayur yang banyak udang.
Apa lagi .......tomyam .Tomyam ni wajib ada.
Kebanyakkan tempat memang serve tomyam untuk kami.

Ada satu lagi tempat yang kami singgah makan selepas lawatan Delta Mekong. Namun sayang gambar tak ada. Tak ada sorang pun sahabat -sahabat saya merakamkannya. Lapar sangatkah masa tu? Mungkin juga. Penat dan lapar .

Di sini kami dihidangkan dengan ikan baung masak lemak . Sedap . Isi yang putih , lembut adn manis.
Ada juga bilis celup tepung. Makan dengan nasi panas -panas , sedap. Selalu jumpa udang atau sotong  yang digoreng  dengan tepung. Bilis ini pun tak kurang lazatnya. Macam keropok


Jemput minum.






7 comments:

  1. part yg paling saya tak tahan bila akak buat tayangan makanan yg semuaaa sedappp!! lambat lagi ni nak merasa makan2 mcm ni hiihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm makan kat malaysia juga ...byk pilihan

      Delete
  2. Entah bila kakcik boleh sampai ke sana. Asyik baca rakaman pengalaman kawan2 je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya allah kalau ada rezeki adalah nanti .

      Delete
  3. sama rasa macam kat malaysia...?

    ReplyDelete
  4. org kata popia kat sana sgt sedap
    tp saya x rasa pun..kelam kabut sbb balik hari
    mesti kena pegi sekali lagi nampak gayanya ni
    best pulak tgk gambar kt blog akak

    ReplyDelete