Buat Duit

Sunday, January 6, 2013

HCMC - Terowong Chu Chi , air mata ku tumpah di sini.


                                                 Pintu masuk ke Terowong Chu Chi.

Lawatan ke sini ialah hari ketiga 19 Disember , kami di Vietnam , kota raya yang penuh dengan motorsikal. Mana taknya , jika nak membeli kereta atau motor , rakyat di sana memerlukan cash. Kalau tak ada duit tak adalah barang yang mereka impikan. No loan-loan tau.

Hari ini juga , keputusan PMR Ain (anak yang nombor 2) diumumkan . Hari ni juga hari ulang tahun anak sulung ku Alia. Kedua-dua sedang berada jauh di negara orang.

Nasib Ain , masa keputusan UPSR dulu dia berlepas ke Jakarta. Keputusan  tahu dalam perjalanan sahaja.Kali ini , tak boleh nak buat apa hanya sms saja yang boleh dibuat untuk nak tahu keputusannya. Maklumlah tiket dah lama booking.

                                       
Di Chu Chi , mula-mula kami dibawa melihat tayangan video tentang zaman peperangan Vietnam dulu.
Masa ini bertalu-tahu masuk sms dari kawan-kawan Ain di tanah air menceritakan keputusan masing-masing. Ada yang ucap tahniah pada Ain  tapi masih tak tahu dia dapat berapa?

Hati memang dah ke laut. Tak boleh nak tumpu tayangan video ini. 


Ain kat hujung duduk sebaris. Tiba-tiba dia bagi tahu " Mak ,Ain pun dapat 8A juga". Secara spontan air mata tak dapat dibendung keluar mencurah .Air mata gembira dari seorang ibu. Gembira dan terharu. 
Selepas tu baru dikhabar pada mak tok dan abahnya .

Tahniah Ain. 

Nurain Nadhirah bt Ahmad Azhar

Mak tumpang bangga atas kejayaan  Ain  ini. Tak dilupa terima kasih atas tunjuk ajar dari guru-gurunya.
Kejayaan Ain ni , merupa suntikan semangat kepada adik-adiknya juga.
Susah payah Ain berusaha sekarang barulah rasa manisnya.

Tahniah juga , kepada semua kawan-kawan Ain (84 orang dari SMK Taman Tasik , Taiping) yang berjaya mendapat straight A   dan semua anak-anak yang diluar sana  yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR yang lalu.
Bagi yang tak mencapai matlamat diri, teruskan usaha .
 Ini bukan penamat kecemerlangan  tapi permulaan.

Namun ada lagi  tangga -tanga yang perlu didaki  . Dan jangan leka . 
Teruskan usaha. Orang yang rajin In Sya Allah akan berjaya.

Hari ini baru mak dapat rakamkan penghargaan atas kejayaan Ain dalam PMR setelah beberapa minggu diumumkan. 

Bukan niat untuk bermegah-megah tapi sebagai kenangan abadi kejayaan anak-anak di sini untuk keluarga
mencarinya suatu hari nanti.

Sambung kisah Chu Chi pula.

 Selipar berbagai saiz .Dari yang bersaiz giant  hingga yang paling kecil.

 Boleh ditempah dengan harga 75 000 dong.
Diperbuat daripada tayar lori . Dipotong mengikut saiz kaki yang yang berminat.

Kebetulan masa ini , satu keluarga mat saleh ni sedang menempah selipar untuk mem dia yang bawa beg hijau.

 Shauqi dengan mama baru. Tak berenggang.  Mak rilex  sikit.  
Makan pun nak duduk sebelah mama. 

Meriam - tempat wajib di sini untuk bergambar.

Nak masuk ke sini  kena pakai stiker kat baju.

Lubang persembunyian.

Apabila terdesak untuk hidup manusia menjadi kreatif untuk berfikir. Berfikir untuk keselamatan diri sendiri dan komuniti mereka.

Macam-macam perangkap yang mereka bina untuk mengelirukan musuh.

Salah satu perangkap. 
Dibawah lubang itu terdapat cerucuk tajam yang menunggu mangsa yang terjatuh ke dalamnya.

Cerucuk menanti mangsa.

Lubang persembunyian
Sapa nak try?

Tertarik dengan teknik melarikan asap dari tempat memasak mereka. Asap keluar dari saluran yang dibuat   anggaran 800 meter dari dapur . Jadi musuh tak dapat mengesan tempat sebenar. Apabila bom dilepaskan dapur mereka terselamat. Dapur itu pun adalah dapur asal dan kelihatan  tanah yang berlubang besar  kesan bekas bom  yang jatuh tak jauh dari lokasi sebenar tapi dapur terselamat.

Orang putih memang ramai kat sini. 
Melihat  kerja datuk nenek moyang mereka dahulu kala menjajah negera orang.

Ini bukan busut sebenar . Jangan tertipu ye.
Sengaja dibina untuk tujuan tertentu.

Demontrasi buat kulit popia  dari tepung pulut. 

Dalam bas pun duduk dengan mama.
Kalau boleh tidur pun nak dengan mama. ....tapi pakcik disuruh  (suami zatul )tidur kat lain.


 Baru keluar dari terowong bawah tanah sepanjang 15 meter.
Tak masuk tak larat nak membengkok kat dalam tu. 
Ada terowong yang lagi panjang 40 meter.

Pengantin baru pun nak cuba. 
Pasangan yang datang honeymoon kat Vietnam.
Tapi bukan group kami.



Sebelum menamatkan lawatan kami dijamu ubi rebus
makan dengan kacang tumbuk .















3 comments:

  1. Makin menarik cite kat vietnam ni. Wait for next entry.
    Tahniah utk ain. Setiap ibu pasti bangga dgn kejayaan anak2 :)

    ReplyDelete