Buat Duit

Friday, February 1, 2013

Langkura Baron , Langkawi

Percaya atau tidak sebelum mendaftar anak di SESERI ,KL kami ke Langkawi dulu.
Balik Isnin malamnya , tukar beg dan berehat sebentar dalam pukul 11 malam pecut ke KL pula.
Padahnya berhenti tidur di R&R sampai 3 kali.

Nasib baik berjalan malam  , kereta tak sesak berbanding di waktu siangnya yang sesak teruk sampai tak boleh masuk di R&R Tapah.Maklumlah cuti panjang.

Sabtu , minggu cuti Thaipusam kami ke Langkawi bersama rombongan Hari Keluarga SEKUGA (SMK KUBU GAJAH) . Seramai 23 keluarga berkonvoi beramai-ramai ke sana. Meriah.

Bila masuk ke jeti Kuala Perlis , orang  punyalah ramai. Tempat parking penuh dari jalan masuk ke jeti lagi. Sistem pengurusan di terminal ini  yang tidak sistematik menyebabkan keadaan bertambah tidak selesa. Penumpang yang nak masuk ke feri dan penumpang keluar menggunakan laluan yang sama.
Amat sesak sekali.

Sudahlah banyak kotak pinggan mangkuk dari Idaman Suri dan Haji Ismail Group (lumrah orang membeli ) yang hendak ditolak serta beg pakaian dan anak-anak kecil yang hendak dijaga.Laluan sempit amat menyukarkan.

Penuh dengan manusia di Jeti Kuala Perlis ke Langkawi.
Delay pula. Kalah naik kapal terbang.
Terjumpa dengan ex-RTBK di sini. Ustaz Yusof .
Anak dia  berbaju merah duduk sebelah Shauqi.
Tapi bila sampai di seberang tak jumpa-jumpa lagi..


Sampai di hotel penginapan , terus  menuju ke pantai Cenang. Cari makan. Perut dah lapar.
Pekena mee udang belakang Hotel Langkura Baron ini. 
Semangkuk ni RM 6.Sikit tak puas makan tapi sedap.
Selain mee udang ada roti kepit daging (apa nama tah?)

Jualan dari lori saja. 
Tukang masak tu yang botak kat belakang.


 Pemandangan dari bilik kami di tingkat 1. Masalah di hotel ini tekanan air rendah waktu puncak . 
Bilik di bawah tiada masalah air , tapi yang duduk tingkat 2 dan 3 meranalah tunggu air.
Nasib baik dia sediakan pili air disediakan banyak di depan bilik di bawah. Boleh tumpang ambil air sembahyang Maghrib .

Bilik kami .
 2  katil kelamin.

Kereta sewa kami. RM60 sehari. 
Rupa tak lawa tapi aircond berfungsi baik. Tak ada masalah bagi saya asal boleh gerak. 

 Cat dah kena resdung. 
No hal lah .

Ada juga minuman disediakan dalam bilik.

Tv.

Pantai Cenang tempat tumpuan pelancong antarabangsa .Eropah, Korea , Jepun. Macam-macam ada. 
Sekali tengok macam senario di Hadyai pula. Waktu malam sangat happening. 

Makanan tentulah mahal di sini . Maklumlah tumpuan dunia.

13 comments:

  1. 3 kali berhenti tidur kat R&R? tu betul2 punya mengantuk! hahaha

    Ok apa RM60 utk Wira buruk tu...Wira mmg best, luas, ekon sejuk...standard kereta proton, ekon power..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana taknya , travel dr langkawi terus ke KL .Berjalan tnpa henti dari Sabtu hingga Isnin , kaki pun bengkak asyik dok dlm kereta.

      Delete
  2. agak2 bulan march nanti dapat tak keta sewa harga camtu??? saya okay je janji keta auto dan aircond mesti ok..sebab langkawi panass...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni tak auto. tapi masa ni pun musim cuti .dpt juga RM 60. Org Langkawi kata mmg harga standard .

      Delete
  3. byk borong tak kat sna ...dgr kata magic pan vantage kt langkawi murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga pan kt idaman suri lebih murah drp hig.

      Delete
  4. Replies
    1. Yap.
      Kebetulan trip keluarga tmpt kerja suami.kita ikut je

      Delete
  5. tmpt memborong pinggang mangkuk hanya dua tempat yg digemari Idaman Suri dan HIG...Kompleks HIG bakal dibuka.... betul tu, cantai bila mlm seperti hadyai...

    ReplyDelete
  6. Betul .sgt setuju.2 tmpt tu sj yg menarik perhatian sy. Lps ni kompleks serba lengkap hig pula menanti

    ReplyDelete
  7. salam nieda..oh sebelom lepaskan anakkat asrama..bawak round round dulu ye...jangan rindu rinduan

    ReplyDelete
  8. assalam nieda..kalau cuti sekolah paling murah pun rm100..tak dapat 60 tu nieda..acik tiap kali pegi cuti sekolah mesti seratus..kalu 80 boleh tapi kancil katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rezeki dpt murah. Seblm ni pun tak pernah dpt harga tu

      Delete