Buat Duit

Saturday, February 16, 2013

Mauripan.


Imej  dari google

Saya beli mauripan sepaket besar ini untuk mudah nak buat roti dan sebagainya. Sepeket ini dalam RM 8 di kedai baking. Tapi kalau setakat nak makan sendiri bertahun juga nak habis. Kalau ikutkan kuantitinya memang ekonomik berbanding beli sepeket-sepeket kecil Sepeket pun 80 sen. Kalau 10 paket dah berapa?


Ada 80 sen dan ada 70 sen sepeket.

Kalau nak tahan lama simpan dalam frezer .

Bila dah lama tak berapa elok jadinya roti dan kuih-muih.
Bantat.

Semalam buat pau , pun bantat juga. nasib baik baru sikit masuk periuk kukus. Tak boleh jadi kena pergi beli  mauripan  baru . Bila tambah  yang baru baru jadi kembang elok.

Bukan apa , sayang nak buang . Ada lagi separuh. Tak nak mengakui mauripan dah tamat tempoh. Agaknya lah sebab dah lama.

Esok nak meroti. Dah siap mauripan stok baru.

Tiba-tiba keluar tajuk ini pula.




4 comments:

  1. Kalau makchaq beli paket kecik pun boleh expired...kalau yang besaq entah2 ekpayed tak dan bukak...nampak sangat rajin kan... he he

    ReplyDelete
  2. selalu SA guna buat cucur udang..gebu jadinya..best..

    ReplyDelete
  3. assalam nieda..acik memang tak pernah beli satu kotak tu.kalau nak guna beli satu je..sebab bukan selalu menggunakannnya kan..acik buat apam tepung gandum je guna mauripan ni

    ReplyDelete