Buat Duit

Wednesday, February 13, 2013

Tak kenal Uji Rashid

Semasa ke Pulau Langkawi masa cuti Hari Thaipusam dua minggu lepas, terserempak dengan Ciko anak bujang Uji Rashid. Masa tu kami keluar makan malam dan menghala  balik ke hotel dah. Kami berjalan kaki saja sambil menikmati kemeriahan  di situ.

Kawasan malam di sekitar Pantai Cenang hidup dengan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barang. Pelancong pelbagai warna menambah hidup lagi  suasana. Bukan sekadar orang putih saja yang datang, mak-mak Arab pun ada. Di samping lampu berwarna -warni memang sangat happening.Tak membeli pun tak apa sekadar cuci mata.

Jadi masa jalan-jalan tu, maklumlah perut dah kenyang. Lenggang kangkung nak masuk bilik .Terserempak dengan Ciko. Memang dekatlah . Boleh kata berselisih bahu.

" Macam Ciko anak Uji Rashid" kata saya pada anak-anak di sebelah. Tapi depa ni tak kenal Ciko apatah lagi Uji Rashid.

Bila berdepan dengan Ciko ni taklah besar sangat badan dia . Tapi bila tengok kat tv rasa macam besar sangat . Mula-mula tu konfius juga  betul ke Ciko ni? Tak pernah tengok takut silap orang .Tapi bila ramai yang respon jumpa Ciko di Langkawi pada minggu tu , jadi betullah dia.

Jenuh dok terangkan Uji Rashid tu dulu penyanyi zaman mak kecik-kecik dulu. Haishhh......Depa tak tau juga.

10 comments:

  1. Assalam nieda.acik dulu suka sangat dengar suara dia yang lembut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zmn dulu2 mmg terkenal smpai ikan pun dpt nama uji rashid.

      Delete
  2. Salam...
    Cube cakap alaa. .yang nyanyi lagu raya tu...seloka dihari raya...pastu nyanyi skali supaya dorang igt....

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Cube cakap alaa. .yang nyanyi lagu raya tu...seloka dihari raya...pastu nyanyi skali supaya dorang igt....

    ReplyDelete
  4. suka dengar lagu2 dia.. best kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara dia lmbt dan manja. Nyanyi lagu dgn hail amir.

      Delete
  5. Suka dengar suara uji rashid terutama lagu duet dgn hail amir tu...teringat zaman kecik kecik dolu..

    ReplyDelete
  6. saya suka lagu dia duet dgn hail amir tu...hahaha

    ReplyDelete