Tengahari tadi , bila sampai rumah nampak surat dah jatuh ke simen. Sapa pula yang bagi surat cinta nih?
Buka pintu kereta tak sempat masuk parking terus koyak sampul.
Surat pertama dari Ain .
Ain yang jauh . Ain yang sedang belajar di SESERI( SM Sain Seri Puteri), KL.
Ain yang rasa jauh tapi jarak , bukan ingatan mak pada Ain.
Pada kakak juga.
Pada kakak juga.
Ain ingat tak masa keputusan PMR keluar.
Kita semua berada jauh di HCMC .
Di Chu Chi . Boleh klik SINI.
Jauh dari tanah air,jauh dari sekolah Ain.
Hari tulah keputusan PMR diumumkan .
Macam mana kita tahu keputusan Ain?
Dari mesej kawan-kawan Ain yang mengucapkan tahniah.
Macam mana kita tahu keputusan Ain?
Dari mesej kawan-kawan Ain yang mengucapkan tahniah.
Ain yang masih sesekali menangis bila menelepon mak.
Ain yang suatu hari,
bawa kawan jumpa kuanselor tapi Ain yang terlebih menangis dan terus minta bercakap dengan mak.
Tapi mak percaya , Ain sekarang ni dah ok sikit berbanding dulu.
Ain bukan tak pernah duduk asrama sebelum ni pun.
Ain budak hostel.
Cuma Ain terpaksa belajar jauh sikit dari mak, dari abah, mak tok dan adik beradik lain.Walau pun jauh kami tak lupakan Ain lah.
2 minggu lepas pun mak turun ke KL semata-mata nak outing dan jumpa Ain.
Tapi esok Ain dah nak balik.
Cuti seminggu. Hati mak dah berbunga-bunga . Anak-anak mak nak berkumpul semula.
Mak tahu mungkin Ain tak sempat baca entry ni.
Tiba-tiba Ain telefon pula malam ni. Oh! tak dak prep rupanya sebab esok nak bercuti.
Wah, lamanya surat Ain ni. Rupanya surat ni dah lama , minggu kedua selepas Ain daftar di sana. Hari ni baru sampai rumah.
Mak doakan Ain kuat semangat untuk terus belajar dan berjauhan dengan mak.

terharunya....kuatnya ingatan sorang anak pada mak, pasti lebih kuat lagi ingatan mak utk seorang anak. Cuma bezanya kita yg dah jadi mak2 ni lebih pandai kawal perasaan. Semoga Ain jadi lebih kuat & tabah lepas ni...
ReplyDeleteAssallam nieda..sedih bacanya..in shaa allah ain kuat demi masa depan
ReplyDeleteTerima kasih mak , ain sayang mak sgt :)
ReplyDelete