06 June 2013

Alhamdullillah

Masjid Nabawi, Madinah.


Terima kasih yang singgah dan meninggalkan komen di entry sebelum ini.  Azatie, Sally, Ibu hani,  LL,Nekcik, MakChaq,CikViva, Kak Zai, Daddy Ziyyad, Bakal Jenazah, Mc Kantin, Ainnoraini dan Qasey Haney saya doakan anda semua dapat menjadi tetamu Allah jua. Manakala jumlah follower juga turut bertambah walaupun  blog cempaka Biru tidak berupdate .

Syukur perjalanan umrah berlalu sudah. Selama 15 hari mengembara di bumi ambia berjaya diharungi dengan selamatnya.

Sudah kembali ke tanah air pada malam Rabu lalu. Kesihatan.....ada batuk sikit. Biasalah bila berlaku perubahan cuaca. Negara kita nyaman  sentiasa manakala di sana panas pula. Tapi tetap rindu pula nak ke sana lagi. In Sya Allah mudah-mudahan pengalaman umrah ini akan berulang lagi di masa hadapan.

Betul kata Nekcik, bila dah balik terasa rindu  apa yang dah dilalui di sana. Rindu nak beribadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Rindu nak bertegur sapa dengan para muslimat dari pelbagai negara.
 Rindu nak bersolat jenazah yang saban waktu sentiasa ada saja  orang yang meninggal menanti untuk disolatkan. Bukan sorang dua tapi dalam satu-satu masa sampai sepuluh atau berbelas orang.


Dan....jemaah masjid akan berebut-rebut untuk mengusungnya. Pasal mereka tahu betapa besarnya pahala orang yang menolong menyempurnakan jenazah ini.

Solat jenazah juga ....amat mudah . 4 kali takbir sahaja. Massyaallah besar sungguh pahalanya. Allah sangat sayangkan hambanya. Sesiapa yang bersolat jenazah pahalanya sebesar Bukit Uhud.

Nanti saya akan updatekan cerita-cerita di Tanah suci supaya dapat dijadikan panduan untuk  sahabat-sahabat yang akan ke sana pula.

Juga catatan peribadi untuk ingatan diri sendiri dan anak-anak.



Post a Comment