10 June 2013

Catatan Umrah 1


Perjalanan umrah kami bermula 21  Mei 2013. Cuti sekolah belum bermula. Lagi 2 hari nak cuti sekolah. Kami mengambil pakej Al Nile dari Kulim Kedah. Jadi keberangkatan kami pun bermula dari Kulim. Semua jemaah berkumpul di Masjid Taman Kenari , Kulim.

Kami memandu sendiri dan meninggal kereta di rumah seorang jemaah juga supaya senang nak balik nanti.Kami dihantar oleh ayah mertua .Dia memandu sendiri.Anak-anak tak ikut takut maknya tak tahan semasa nak berpisah .

Selepas solat zuhur , 2 .30 petang kami pun bertolak ke KL dengan bas yang disediakan. Bas tak penuh ada jemaah yang pergi sendiri dihantar anak-anak ke KLIA.

Terbahagi kepada 4 kumpulan (lebih kurang 200 orang  peserta) di bawah Syarikat Al Nile ini.  4 kali penerbangan yang berbeza tarikh. Kami dalam group pertama seramai 48 orang berlepas dahulu di KLIA. Semestinya group pertama yang akan sampai dulu di Madinah (Madinah dulu baru ke  Mekah) dan semestinya  group yang awal akan balik ke Malaysia   nanti. 
Group ke 4 sahaja yang akan ziarah Mesir sebelum tiba di Madinah.
Group lain akan ke Madinah seperti kami juga.


Sedang menunggu masa nak berlepas jam 2 pagi.

Tart Nenas beli di R&R Dengkil.
Faberet mak ni.

Sebelum sampai di KLIA , singgah dulu di R&R Dengkil. Solat maghrib Isyak jamak dan 
qasar  , mandi dan makan malam. Bukan senang seharian dalam perjalanan  nak sampai ke destinasi esoknya di Jeddah.

Menunggu train di KLIA untuk ke tempat berlepas.
Jauh juga nak menapak ke terminat  syarikat Emirates ini. Nun di hujung sana. 
Cik abang (staff) sebelah tu tolong tunjukkan.

Dah masuk kapal terbang ,lega dapat bantal kecil sebiji ,selimut dan earphone dah disediakan.
Lama juga  8 jam dalam kapal terbang ni  sebelum sampai di airport Dubai untuk transit 2 jam . 
Sempat solat Subuh di airport Dubai sebelum kami menuju ke Jeddah pula.


Dapat layan movie best juga ni.

Ini hidangan pertama.

Dua kali dihidangkan makanan dalam perjalam KL - Dubai
Puding 3 lapis tu sedap!


Berjenis-jenis roti diberikan.
Di bawah roti pintal tu ada menu lain  tapi tak ingat apa ke namanya.


Terkial-kial cari lubang nak cucuk earphone ni. Rupa-rupanya dok kat tempat
 tangan di bangku sendiri. 


Kapal terbang kami , sebelum masuk . 
Susah juga tak ada model .
Selalu kalau berjalan dengan anak-anak mereka yang jadi model maknya.

Tak ada beg tangan dah . Beg inilah yang digalas selama 15 hari 
dalam perjalanan .
Isi buku umrah , buku doa, quran kecil , duit, ubat dan
 air zam-zam pun boleh letak  di tepi beg tu.


Pramugari Emirates yang sentiasa melayan penumpang.


Kapal terbang yang besar 10 seat sebaris .membuatkan diri sedikit teruja. Maklum sajalah selalu naik AA.
Tak sangka betul mereka tak kisah makanan di bawa masuk hingga  ke tempat menunggu.
Kalau tahu tak tentu saya bawa air zam-zam masuk dalam beg pakaian.

Persiapan pakaian saya hanya bawa 4 heai jubah, 2 pasang telekung, 1 helai tuala , 2 helai baju untuk tidur (baju batik Terengganu).Kain batik bawa sehelai tapi tak guna  pun.Pakaian dalam 4 pasang rasanya cukup.
Di hotel boleh basuh dan cepat kering.Jangan lupa bawa hanger dan penyepit baju untuk tujuan menjemur.

Semasa di Madinah hotel tempat kami menginap dapat menjemur (dengan hanger)pakaian di luar tingkap bilik sebab ada jaring sebelah luarnya. Sekejap saja pakaian kita kering sebab keadaan cuaca yang panas dan kering di sana.





6 comments:

  1. seronoknya dapat pergi rumah Allah

    ReplyDelete
  2. alhamdullillah ...sangat damai dan tenang di sana.
    tempat mengumpul pahala

    ReplyDelete
  3. assalam Nieda..masa keje klia..selalu nampak pramugari pakai topi merah tu lalu..cantik2

    ReplyDelete
  4. baru catatan yg pertama sy dah rasa teruja.. yelah, tempat nak pergi tu bukan sebarang tempat, jadi feel dia tu lain sikit..nnti naikan entri yg seterusnya ye kak..

    ReplyDelete
  5. Nak tahu cerita selanjutnya...tentu banyak yang best.

    ReplyDelete
  6. naik Emirates mmg best..mkn pun sodap...:)
    mmg betul tu...basuh baju kat sana...sidai kejap je dah kering...mak saya pun membasuh masa kat sana :)

    ReplyDelete