Buat Duit

Monday, July 8, 2013

Klinik Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Dr Sudha, Taiping

Semalam bawa Shauqi untuk rawatan telinga sebab ada cakenit dah masuk dalam telinga dia. Walaupun dah buat rawatan tapi masih nampak binatang tu  masih ada di dalam telinga Shauqi. Nak tarik sendiri tak boleh .

Pergi hospital pun mereka tak berani nak keluarkan sebab takut kena gegendang telinga bila dia meronta-ronta. Mereka hanya bagi ubat titis saja.

Walaupun Shauqi dah tak demam dan boleh pergi sekolah macam biasa tapi masih rasa  sakit bila tersentuh telinganya.

Jadi untuk lebih baik pergi jumpa pakar .

Doktor Sudha masukkan kamera dan nampak di skrin tv. Geli-geleman nampak binatang tu dengan telur-telur dia sekali dah ada dalam telinga . Masa ini Shauqi dah kena kepit sebab dia dah mula menangis dan meronta-ronta.

Bila tengok di skrin tv, nampak cakenit tu dah putih dah mati  tapi nak tunggu dia jatuh sendiri tak tahu bila.

Kemudian bila dah nampak kedudukan cakenit , doktor masukkan air dengan alatannya yang panjang. Pam air ke dalam telinga. Boleh nampak telur-telur tu keluar di dalam besen yang ditadah .

Selepas tu baru nampak doktor ambil penyepit untuk keluarkan cakenit tadi. Saya tak perasan bila cakenit dah keluar sebab asyik kepit Shauqi yang super power meronta.

Chek sekali lagi telinga Shauqi, nampak di skrin semua dah keluar dan bersih.

Memang satu pengalaman baru bagi saya yang tak pernah kena cakenit tambah-tambah lagi masuk ke dalam telinga . Tempat yang susah nak cabut keluar benda tu. Kalau orang tua-tua dulu bubuh air tembakau saja dah lega. Kami pun dah buat ikut cara orang lama ini.

Binatang ni , kalau kena kat kaki pun sakit dan lenguh . Inikan pula kena kat budak 5 tahun.

Kesian Shauqi...







15 comments:

  1. uih.. sempat bertelur tu!!

    cakenit tu apa?
    macam kutu ?
    kutu babi?

    ReplyDelete
  2. Cakenit tu apa??
    Prna alami situasi yg sm..kumbang yg kecik yg kulit nya keras n klu melekat d baju kompom ssh nak bkk sbb kaki kumbang tu bergigi. lbi kurang mcm lady bird tp yg ni kaler itam..bsr ckit dr ladybird..
    Anak meraung kesakitan...larik g pakar knk2..x bole bt...pnggil pakar ent..mau nya beribu kos mngeluarkn kumbang tu..trpaksa bius pingsan spy anak yg umur 1 yr x mronta2..n takut ada infeksyen...pglmnnnn yg haru biru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waw...masuk kumbang mcm mana tu?
      lagi haru...mmg tak dinafikan bayarannya tinggi.

      Delete
  3. Laa naper takk ambik gambik gambar cekenit tu...nekcik pun tak pernah tengok!!! Apapun alhamdulilah cekenit da mati...sikecik pun da sihat

    ReplyDelete
  4. Nieda nnti emailkn alamat Nieda kalau tak krberatan..tq

    ReplyDelete
  5. akaaaakkkk... rindunyerr... kali ni sempat tinggal komen yeayyy... ya ampunnn pengsan ok! cemana cikenit tu leh masuk telinga? main dgn kucing ke? huhu... kesian plak kat shauqi huhu... apapun alhamdulillah dah baik... pengalaman takleh lupa ni kak...

    ReplyDelete
  6. assalam nieda..sama macak nekcik..acik pun tak pernah tengok rupanya..kesian shauqi

    ReplyDelete
  7. Sy pun terkena sekarang ni..sakit dia tuhan je yg tahu..

    ReplyDelete
  8. boleh ke masukkan air tembakau kat dlm telinga budak umur 2thn ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh untuk matikan binatang tu..
      lebih afdal rujuk pakar ..boleh teropong ke dalam telinga

      Delete