17 July 2013

Nasi Ulam dan Setoi

Nasi ulam Kak Chah.

Masa ada tok dulu , memang selalu buat dalam buat puasa. 
2,3 kali juga dapat makan dalam masa sebulan tu.
Tapi sekarang cucu dia  ni , tak terbuat pula.



Buah Setoi

Dapat nasi ulam dari Kak Chah. Kak Chah ni pemurah sungguh.
Setiap tahun sampai saja nasi ulam ke rumah kami masa bulan puasa ni.

Dia bagi juga buah setoi Siam ni.
Buah dia lebih besar berbanding buah setoi kita.






10 comments:

  1. Buah setoi? 1st time saya dengar dan tengok ni..:)

    PS: Saya beli susu S26 Gold Infant.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jumpa buah ni. Isi dia masam2 manis kan..kite pun panggil ia buah "seto". Selalu buat jeruk je buah ni.

    ReplyDelete
  3. x pernah try lagi nasi ulam.. kita orang panggil buah sentul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sentul tapi org utara panggil setoi. buah pun sama saja.

      Delete
  4. Assalamualaikum...
    Nasi ulam tu macam style orang Kedah saja..hehehehe..sedap!
    Dulu, kalau mak saya buat nasi ulam mesti dia buat sayur keladi..

    ReplyDelete
  5. Aaaa nasi ulam sedapnya... Nieda! saya panggil buah tu buah sentul..

    ReplyDelete
  6. nostalgia buah tu akak...dah lama sgt tak makannya.

    ReplyDelete
  7. Salam nieda..mana alamat rumah.nekcik nak numpang rasa nasi ulam nii

    ReplyDelete
  8. eh rindunya ngan buah 'seto' nih
    igt lagi pokok besar rumah jiran..berebut budak2 kutip
    daun pokok tu pun lawa..kaler merah bila matang

    ReplyDelete