09 July 2013

Salam Ramadan

Syukur bertemu lagi Ramadan sekali lagi. Bulan mengumpul pahala.

Anak-anak pun seronok , nak  berpuasa. Nikmat semasa berbuka sangat seronok bagi budak-budak tu. Apa yang nak dimakan akan dilayan .Ikutkan saja apa kehendak mereka. Yang belilah ....yang masuk ikut menu mak pula.

Tahun ni nak cuba latih Shauqi berpuasa sebab ikut sejarah, abang-abangnya 5 tahun dah start puasa.

Ini fadilat setiap  malam berpuasa di bulan Ramadan.

Fadilat Berpuasa di Bulan Ramadan

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


Semoga puasa kita diterima hendaknya.


* Nekcik , saya dah bagi email di entry sebelum ini.


7 comments:

  1. Salam Ramadhan & selamat berpuasa k.nieda dan keluarga. ?

    ReplyDelete
  2. salam Ramadhan semoga kita sihat untuk menjalani ibadah puasa..dan dapat berterawikh ye nieda

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun ni... selamat berpuasa untuk Nieda sekeluarga

    ReplyDelete
  4. terim kasih LL.
    Selamat berpuasa utk LL sekeluarga juga

    ReplyDelete
  5. AMARAN JAKIM - Hadith Palsu Solat Tarawih.

    Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.

    “Hal berkaitan hadith seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan."

    Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu.

    Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini.
    Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.

    Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADITH PALSU.

    Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadhilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadith tersebut ialah satu hadith yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

    "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

    Malam Pertama:

    Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

    Malam Keempat:

    Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    Sehinggalah ke malam yang ke-30...

    ReplyDelete
  6. Ulama' hadith dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadith. Atau disebut sebagai HADITH PALSU. Penyebaran hadith ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

    Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadith ialah ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadith terhadap matan (ayat hadith) dan sanad (rangkaian periwayatan hadith). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulenannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Hadith-hadith telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadith pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadith) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadith antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H)

    Selain hadith-hadith sahih, terdapat juga hadith-hadith hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadith mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadith. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadith dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadith ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadith.

    Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadith adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

    Hadith-hadith yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulenan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith.

    Berbalik kepada hadith fadhilat solat sunat tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadith yang benar dan juga di dalam kitab2 hadith yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadith telah cukup bagi membuktikan bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadith ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad SAW. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadith-hadith palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

    ReplyDelete
  7. Di dalam beramal di bulan Ramadhan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadith yang SAHIH dari Rasulullah SAW berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkan umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadith adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah SAW akan balasan neraka terhadap pendusta hadith dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadith.

    Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya(terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadith ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi SAW sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

    Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

    Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadith-hadith palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah SAW.

    ReplyDelete