Buat Duit

Sunday, August 4, 2013

Biskut Conflakes Madu

 Akhir -akhir Ramadan sekarang sibuknya kita dengan persiapan nak raya.
Nak buat kuih raya, nak kemas rumah dan membeli  untuk persiapan raya.

Pasar raya penuh dengan manusia membeli belah.
Bukan pasar raya saja yang penuh , jalan raya pun sesak juga.


Kuih ini baru kuih kedua yang buat sendiri. 
Nak banyak kena buat kalau beli berapa ketul yang dapat.
Biskut mudah dan cepat bolehlah buat.
Biskut yang cangih-cangih terpaksa  lupakan.

Bangun sahur terus sambung bakar kuih. 
Si Shauqi pula boleh terjaga awal terus tak tidur dan jadi pembantu dapur pula.

Atas meja ....dilarang tak dengar.


Kuih yang boleh campur dengan kesukaan masing-masing. Ada orang suka campur 
badam, kismis, bijan dan sebagainya.


Satu adunan (400gm conflakes) boleh muat satu tupperware besar ini.

Conflakes Madu

1 paket conflakes (400gm)
1/2  cawan gula halus
2 sudu mentega
1 cawan madu
kismis hitam (saya guna kismis kuning-tak berapa nampak dalam gambar)
mangkuk kertas  kecil

Caranya.
Panaskan mentega , madu dan gula sehingga larut.
Tuang ke dalam mangkuk yang berisi conflakes dan gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas yang tersedia.
Letak ceri sebagai hiasan.
Bakar dalam 10 minit supaya ia sebati.
Simpan dalam bekas kedap udara.



4 comments:

  1. Raya tahun ni takder satu pun biskut yang saya buat....Vitamin M terlalu banyak

    ReplyDelete
  2. Perrghhhh..buat kuih raya sambil duduk atas meja! hahahaha..

    Rumah saya pun tahun ni takde kuih raya..
    Tukang buat sedang berpantang..:)

    Selamat hari raya ya..
    Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN UTK DZ SEKEUARGA.

    ReplyDelete
  4. Biskut faberet anak2 makchaq ni, sambil dok boh dalam cup, sambil makan.. sama banyak yang jadi dengan yang masuk mulut..

    ReplyDelete