03 October 2013

Shauqi dan Bomba


Shauqi in action.


Mula-mula Kak Ila suruh Shauqi pergi padam api tapi tapi Shauqi tak mahu  .


Shauqi tunggu arahan pakcik Leman Bomba.

Tapi Kak Ila suruh juga. Sebenarnya bukan tak mahu tapi maluuuuu...nasib baik kak Ila tolak Shauqi masuk gelanggang , bolehlah mak tempek gambar Shauqi in action kat blog hari ini.

Hari ini ada loceng kecemasan di sekolah. Oh ....rupa-rupanya ada kebakaran.

Sebenarnya ada latihan kebakaran di sekolah. Mana tahu jika berlaku kebakaran sebenar (minta dijauhkan) murid-murid tahu untuk menyelamatkan diri.

Maka loceng yang panjang pun berbunyi.Murid-murid dah menuju ke dataran kejat sekolah beratur ikut kelas. Nanti cikgu nak tengok cukup ke tak cukup bilangan murid-murid ini.

Pasukan Bomba datang memberi penerangan tentang kebakaran dan menunjukkan alat pemadam api dan cara-cara menggunakannya.



Tapi .....acara yang ditunggu-tunggu ialah ........


Ahli Bomba buat api , kita padam api ....


Maraknya api.



Kak Ila pun nak tunjuk berani juga.


Bila disembur dengan alat pemadam api yang mengandungi serbuk putih seperti tepung  habis semua kena tempiasnya....


Sehari bersama Bomba serba sedikit murid-murid ini tahu apa tindakan yang betul jika berdepan dengan situasi sebenar.

Kredit gambar to Makcik Nor .

9 comments:

  1. Anak acik selalu cerita.penat katanya bila ada latihan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila balik terus tidur sampai berdengur .penat kut .

      Delete
  2. cuba Shauki angkat tong pemadam tu..
    kalau boleh .. acik belanja askrim!

    ReplyDelete
  3. Hi dear.. salam perkenalan.. padam api ni.. teringat time sekolah2 dulu ada latihan kebakaran =)

    Jemput join contest kami di http://laishcloset4u.blogspot.com/p/vintage-contest.html ya..
    Boleh dapat hadiah best!! Ajak rakan-rakan lain sekali tau. The more the merrier =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah yek..teka hampir tepat...

    nanti jgn lupa tgk emel yek..sumi ada emel kat Nieda yek...

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  5. Cayalah Shauqi ! Uncle sendiri pun tak pernah guna fire extinguisher tu! hahaha

    ReplyDelete
  6. auntie GB pun sama macam uncle kat atas. tak penah guna fire extinguisher. kire Shauqi lagi advance lah sekarang ni. yeayyy!!!

    ReplyDelete