Perjalanan kami seramai 13 orang ke Chiangmai ialah melalui Hadyai sebab kami dari sebelah utara Malaysia lebih berbaloi . Nak ke LCCTpun jauh juga dari rumah kami di sini.
Kami ke Hadyai dengan bas Kosortium dari Kamunting bertolak 2 petang .
Best juga naik bas sekali-sekala.
Bas 2 tingkat (dibawah).
10 orang berada di tingkat bawah, 3 lagi di tingkat atas.
Kami saja tak ada orang lain di tingkat bawah ini , boleh buat macam rumah sendiri...... heheheh.
Tak sampai 30 minit dah lena.....
Dari Hadyai baru terbang dengan AA ke Chiangmai. Penerbangan dalam masa 2 jam jugalah.
Makan angin ke Siam tak macam bercuti ke Bandung , sebab apa saya kata begitu sebab nilai tukaran duit kita rendah berbanding duit Siam. Nilai semasa saya tukar 1000 baht = RM 140.
Tahun 2012 saya ke Hadyai , peniaga masih menerima ringgit lagi tapi sekarang tak semua mahu menerima duit kita. jadi walaupun dah nak balik Malaysia terpaksa juga tukar sikit lagi buat beli buah-buahan.
Pagi semasa terbang ke Chiangmai dari Hadyai (baru berlepas).
Awan tebal masa kami terbang macam masuk dalam kapas bila dah dekat nak mendarat.
Menaiki tuk tuk ke airport.
Kemain suka lagi anak-anak saya maklumlah pengalaman pertama naik tutk-tuk.
Kami sewa 2 tuk-tuk dengan bayaran 600 baht.
Tapi masa balik dah malam , kami terpaksa ambil van (taxi airport) yang boleh bawa 13 orang ahli rombongan kami balik ke hotel penginapan dengan bayaran 1000 bht. Kami bermalam lagi semalam sebelum berlepas pulang pagi esoknya .
Air mineral .
Pertama kali menginap di hotel Hadyai dulu saya takut nak minum air putih dalam botol kaca.
Air apa pula ni ?Alih-alih tak minum sampai ke sudah . Padahal air mineral je pun , percuma pula.
Kali ini dah tahu, setiap kali nak checkout memang ambil air ini untuk bawa bekal dalam perjalanan.
5 malam 5 lokasi hotel berbeza kami menginap.
Nanti saya update kendian.
Penting juga dibawa bersama kadang-kadang tak bertanda arah kiblat dalam bilik hotel.
Tapi di Chiangmai , bilik hotel dah terdapat arah kiblat . Senang tak payah tercari-cari.
Peringatan: Jangan lupa bawa baju sejuk walaupun hanya ke negara Asia Tenggara sahaja.Ingat sejuk-sejuk manja tapi sejuk di Siam ni ganas.........tak tahan. Ada ahli rombongan kami beli sarung tangan . Sejuk sungguh tak tipu macam dok negeri orang putih pula.
Walaupun dah dipesan oleh suami bawa baju sejuk tapi saya hanya bawa shawl sahaja. Hanya Shauqi yang bawa baju sejuk dari rumah, yang lain-lain kena beli di sana sebab tak tahan sejuk sampai menggeletar . Semakin ke utara Thai cuaca semakin sejuk sampai bercakap pun keluar asap .
Baca Hadyai kali Pertama juga.
wah. lamanya bercuti. 6hari. mesti syok niii. ada pak sepupu nina kawin dgn org chiangmai. org sana cantik2 sgt kulitnyaa. hehe
ReplyDeletemmg kulit org sana putih dan gebu.
ReplyDeleteWaa jauh jalan ni nieda...semua family ye..nekcik pun suka kat sana..lapang jer...
ReplyDeletesetahun sekali angkut semua...tahun depan tak tahu lagi
Deleteassalam nieda..tak sangka pulak sejuk macam tu ye..sebab musim hujan ke nieda
ReplyDeletebukan musim hujan acik....tapi mungkin hujung tahun sejuk kut
Deleteberat lak kalau bawak botol kaca tu ..
ReplyDeletebotol kaca tak ambil . airnya kami masuk dlm botol plastik
DeleteNieda! sekarang negara Asia tenggara pun dah ada yg turun salji... Baru2 ni di utara Vietnam... dah dekat tu... mana tahu sok-sok turun kat Perlis dan Kedah!.
ReplyDeletesaya pun ada dengar Vietnam turun salji. agaknya masa kami kat Chiangmai lagi kut.
ReplyDeletesetahun sekali nekcik ....angkut ramai2 . tahun depan tak tahulah lagi.
ReplyDeleteSeronoknya Allah bagi rezeki berjalan-jalan ke Chiengmai..mai mai he he
ReplyDeletesyukur alhamdullillah
Deletewaaa dah jejak hatyai.... (jeles tauuu)... sebab dari kelate ke sana dalam 4-5jam jah by road.
ReplyDeleteTp keadaan tak mengizinkan.. nak gi sgt2... sob sob.
best best nyer...nak tunggu cerita dari part yang lain pulak...
ReplyDelete