31 December 2013

Cerita di Mea Sai -Part 5

Sedihnya 2013 dah nak berakhir , tahun baru akan menjelma beberapa jam lagi.
Semoga tahun depan membawa kehidupan yang lebih baik dari hari yang ditinggalkan.

Begitulah adat dunia. Bumi berputar bertukar  masa. 
Kita pun semakin bertambah usia.

Okeylah, cerita Chiangmai pun tak habis-habis lagi. Mari kita sambung sikit lagi.
Saya ingat boleh habis sebelum naik tahun baru rupa-rupanya ada lagi kisah lawatan ke elephant show dan Tiger kingdom nak perlu updet.



Ini bilik kami di Mea  Sai. 
Macam bilik flinstones pula sebab kebanyakkan perabut dibuat dari batu.
Katil pun dari batu....oh my.

Meja pun dari batu juga.


Kolam depan bilik.
Kami tiba di sini petang sempat buat solat asar .Lepas tu keluar ke bandar Mea Sai pula.

Hari dah mula gelap. 
Kelihatan sepanjang jalan orang berniaga.
Macam pasar malam di Malaysia.

Batu permata memang banyak dijual di sini dan murah-murah. Kalau pergi jangan lupa beli sebagai kenangan.

Si kecik nak stokin pula....sejuk katanya. 
memang sejuk  pun. Masa di Chiang Mai 16 C , di mea Sai lagi  sejuk, tapi tak tahulah berapa suhunya.

Selepas jamu mata , kami pun ke Roumit lagi, restoren muslim di mea Sai.Banyak sungguh cawangannya.
Tak susah nak cari makanan halal di sini.

Makan time


Buah pisang kaki di beli masa ronda-ronda di bandar Mea Sai .
Sekilo RM 5 saja. Saya beli 2 kilo campur dengan buah delima.
Murah,  di hadyai sebiji RM2 .


Pemandangan di luar hotel .
Hujung sana ada kandang lembu. sekali-sekala bau lembu menyucuk hidung.





3 comments: