28 December 2013

Hot Spring Chiang Rai dan leher panjang -part 4

Bila sedang bercuti ....sampai tak ingat hari apa dah.
Hari ini memang teruja habis sebab hari inilah kemuncaknya percutian kami.
Kami akan menuju ke Mea Sai pula.



Checkout untuk ke Mea Sai pagi-pagi.
Yang baju hitam sebelah  kiri Alia  tu driver kami Naser   .
Muda lagi baru 20 tahun. Tak banyak cakap tapi suka mengusik Shauqi anak saya yang kecil.

Keluar dari hotel dah terasa sejuk.
Anak saya Alia ni satu-satunya yang tak beli baju sejuk , dia guna shawl saya sampai ke sudah.

 Kebetulan Alia anak sulung saya  menyambut birthday dia di Siam tahun ini .

Kebetulan  tapi tak adalah kek .
Tahun lepas di Vietnam. Lahir hujung tahun.
Cerita Vietnam BOLEH BACA DI SINI .


Sepatutnya kami menaiki cruise menyebarang Sungai Mekong ke Loas tapi masa tak mengizinkan kami skip agenda tersebut walaupun dah singgah di situ dan nampak bot-bot lalu .
Sempat nampak air sungai mengalir laju.

Bukan apa masa tu kami tak solat  Asar lagi.
Jika kami naik bot dalam 45 minit pergi dan 45 minit balik. Belum acara beli-belah dan bergambar lagi.
Lagi pun bila tengok arus sungai mak aiii....derasnya air. Warna pula macam teh susu.
Masa ni Ali driver kami dok kautim dengan orang jual tiket . Kalau boleh dia nak la kami naik bot , dapatlah kat dia komesyen sikit. Tapi kami nak terus  ke hotel .


Lama juga perjalanan kami menuju destinasi untuk hari ini. 
Katanya dalam 4 jam juga baru sampai ke Mea Sai.

Dalam masa yang panjang itu kami singgah di stesyen minyak .  Van isi minyak , orang buang minyak...heheheh.
Sejuk asyik membuang saja.
Apa lagi singgah di 7 Eleven . Beli coklat murah !

20 bath


Stensyen minyak yang serba lengkap.
Ada tandas , kios makanan, dan 7 E.


Dia dah buka tv cerita kartun. 
Tv besar puas budak-budak ni tengok.

Dalam perjalanan ke Mea Sai kami singgah di Hot Spring Chang Rai  sebab berada di laluan ke Mea Sai


Hot Spring  Chiang Rai.

Masa ni turun saja dari van memang nak cari baju sejuk saja.
Anak teruna saya tu dah kebas shawl yang kakak dia guna.

Kat sini kami beli 4 helai baju sejuk .
Lepas dapat baju sejuk lega sikit .  Jaket suami pun bagi balik kat dia.
Kesian juga walaupun banyak lemak tetap rasa sejuk tau....

Memang tak sempat tengok benda lain, nak cuba rebus telur ke atau nak rasa air panas pun tak sempat.
Tapi kenalah tempias air tu bila berada dekat situ.

Kawan saya Pizah ni beli banana rotee with strawbery.
Sedap juga. 
20 bath.

Deretan kedai nilah kami beli baju sejuk. Padahal sama saja baju  yang ada kat rumah.

Singgah beli buah di tepi jalan.
Macam buah asam merah yang kulit dia macam baldu tu.
Tapi yang ni fresh lagi .....rasa macam buah pear .


 \
Jalan raya di Siam ni besar dan luas. 
Tengoklah  kaki jalan dia pun dah lebih sedepa  @ 2 depa?
Line putih tu kaki jalan dia .

Nampak ini juga -PROTON.
Stesyen minyak Petronas juga kami jumpa tapi tak sempat ambil gambar .

Ali bawa kami kat kedai makan.
Tapi tak jadi makan . Beli banana rotee sekeping dan terus ke Roumit Restoren.
Cawangannya ada merata-rata.

Ain (tudung merah) dan mak tok dah pakai baju sejuk baru ....hihihi.



Selepas makan perjalanan diteruskan . Kami dah mula masuk jalan kecil menuju perkampungan orang leher panjang.


Nak masuk sini , bayaran Rm 50 seorang.
Terkejut suami saya, sebab masa dia datang dulu taklah sebanyak tu.
Dah kena dengan orang tengah ni....

Wanita ini , wajahnya ada diabadikan pada FM.
Rasanya lehernya yang terpanjang .

Menenun  untuk dibuat tudung @ shawl.

Tak ramai sangat pengunjung. Adalah mat saleh 2,3,4 kerat.

Berat ...tak terangkat berkilo-kilo.



Lawa juga maknya  .


Kenangan.

Kak Mun yang  sempat beli beg tangan  kulit 


Kami sampai di hotel cepat-cepat bersihkan badan dan solat asar.
Kemudian keluar balik untuk makan malam di Roumit juga  dan melihat-lihat bandar Mea Sai.


Esoknya dah ada agenda lain  -masuk Myanmar.


Pagi sebelum berangat masuk ke Myanmar.
Dari sini dalam 20 minit dengan van.




Hotel di Mea Sai.

Bermalam di sini sangat sejuk kalah sejuk cameron Highland. Mengigil . 
 Tidur pakai stokin kalau boleh nak pakai sarung tangan sekali.
Tak payah buka kipas atau aircon dah ....


Panjang pula  entry ni.



13 comments:

  1. Lepas ini puan sekeluarga bolehlah memandu kenderaan sendiri ke Thailand.

    ReplyDelete
  2. RM50 seorang tiket nak masuk kampung orang leher panjang? mahal betol! hahaha
    Saya teringin nak tgk macam mana rupa leher mereka, bila gegelung emas tu di buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha serupa leher angsa la.....terkulai ke hapa.

      Delete
    2. Panjang jadinya tapi tak kuat mcm yg Allah bagi...

      Delete
  3. hujung tahun semua orang pakat jalan jalan ye

    ReplyDelete
  4. Waaa manyak syiok aaaa.
    Sy ada tiket gi INDOCHINA ni november 2012.
    Dah beli utk 6org... tp apakan daya.. ada yg peknen, ada yg mkn hati, ada yg majuks... sudahnya semua 6org tak jejak ke sana pun hu hu hu.

    Ada tak laki yg pakai besi leher panjang tu?
    Rasa mcm diskriminasi utk pempuan tu pun ye jgk hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg lelaki tak nampak pula di sini. kaum wanita sahaja yg ada .
      katanya sbb memakai gegelang dileher untuk menggelakkan harimau mematahkan leher mereka...kan mereka tinggal dlm hutan

      Delete
  5. assalam nieda..ada orang leher pang kat sana..biasa tengok gmbar je kan..
    acik pun tak tahan sejuk..baca nieda kata sejuk2 ni memang tak berani acik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tengok gambar bila dpt tengok sendiri .....oh begini cara hidup mereka.

      Delete
  6. Bestnya.. Makanan halal mudah tak kat sana. Bangga sekali apabila proton dan petronas turut beroperasi di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan halal tak ada masalah kat sana .....cari roumit restoren. kami makan nasi setiap kali makan dan ia byk cawangan. di chiangmai hingga ke mae sai kami mkn di sini.
      dlm anusan market pun ada sebuah. so jgn risau .....

      semestinya bangga produk malaysia ada di sana

      Delete
  7. depa pakai.. sebab takut rimau terkam dan kekah kat leher..
    tu yang ada orang cerita kat saya..
    ntah betul ntah tidak..

    ReplyDelete