Buat Duit

Saturday, December 7, 2013

Makan Kenduri

Cuti sekolah tiba , musim kenduri pun bermula.
Masa kenduri kendara inilah peluang berjumpa sanak saudara dan sahabat handai.

Hari ini saya  makan kenduri di rumah sahabat di zaman persekolahan dari  darjah 1 hingga Tingkatan 6. Tinggal sekampung pula lagilah banyak memori masa kami keci-kecil dulu . Petang-petang main galah panjang , main zero point - getah yang disambung-sambung lepas tu lompat , siapa lepas dia yang menang . Kadang-kadang boleh mencecah sampai kepala , pun boleh lepas lagi. Tapi sekarang usahkan kepala kalau nak lompat paras pinggang pun belum garenti boleh lepas. Hai...masa kian berlalu.

Kalau tak keluar main   tak senang duduk.Itu cerita zaman kanak-kanak di era tahun 70an. Zaman sekarang pula nak ajak anak-anak remaja  keluar rumah susah pula . Nak pula kalau  ajak makan kenduri.

Sahabat saya , Salwana Mohd Zaki dan anak kecilnya.

Walaupun sekampung masing-masing kerja di perantauan masa beginilah boleh berjumpa . 
Bila dah berjumpa tengok anak-anak dah tinggi dari mak-mak pula.

Bilik Pengantin

Pelamin  bertema biru-pink

Hari  ini  sebab rumah kawan sendiri sempatlah juga saya masuk ke dalam rumah meninjau bilik pengantin dan pelamin. Pengantin pula sedang makan di meja makan pengantin.Pengantin ialah adik bongsu sahabat saya .

Tahniah kepada Syahida dan Syahrul.
Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya.


2 comments:

  1. Semoga pasangan pengantin akan sentiasa di berkati dan bahgia dan ceria hingga ke syurga amin :D

    ReplyDelete