08 December 2013

Terjumpa

Masa saya dok google cari cerita pasal Chiangmai ( tak lama lagi ni.....), saya terjumpa blog yang sangat baru  cerita lawatan ke chiangmai. Best pula baca , bahasa sempoi . Otak tak kalut nak hadam ayat-ayat yang  ditulis. Ada bahasa utara....kenalah tu sebab kita pun dok utara kan?

Baru lagi , blogger ini baru pergi bulan November lepas. Orang kata tak basilah kan.

Punyalah semangat nak ke Chiangmai, google segala mak nenek pasal Chiangmai. Night Bazaar, Kalare Bazzar , Pisang Rotee, kilang  batu bermata ,  Golden Triangle , Kilang payung, Orang leher tinggi ....aih serba sikit dah  nampak gambarannya.

Saya jumpa blog FIDAYU. Rupa-rupanya dia juga kakak ipar blogger Irene  Nadia Marcello.

Hish .....kecilnya dunia.





Post a Comment