Buat Duit

Monday, December 2, 2013

Pasport di Imigresen Taiping

Sebelum nak berjalan ke luar negara, pasport yang tamat tempoh kena perbaharui.  Kena perhati betul-betul nanti bila dah sampai airport tak boleh boarding pula.  Enam bulan sebelum berangkat dah kena buat lain.

Hari ini ke Wisma Persekutuan Tingkat 1, untuk urusan pasport dua anak perempuan . Anak lelaki belum tamat tempoh maklumlah masa buat dulu ambil yang 5 tahun RM 150 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.Kalau yang 2  tahun harga untuk kanak-kanak hanya RM 80 begitu juga bagi warga emas. Kakak-kakak dah masuk remaja tak dapatlah harga separuh.

Nombor giliran.

Orang dah mula ramai.

Beratur nak ambil gambar segera 2 keping RM8.


Pukul 7 dah mula bergerak dari rumah . senang nak dapat parking satu , nak berebut nombor giliran pun ia juga. Hari ini , kalau lambat memang ramai orang .  Itu pun kami dapat no 24, 25 dan 26 (untuk maktok) walaupun sampai belum pukul 8 pagi.


Siap !

Urusan siap hampir pukul 11.45 pagi .
Lama juga menunggu  tapi selesa sebab ruang pelanggan luas dan banyak bangku tersedia.

Bila dah siap pekena mee kungfu dan  mee kari di kafetaria di bawah.
Semangkuk RM3.
Kenyang , alhamdullillah.











5 comments: