Buat Duit

Sunday, December 1, 2013

Cendawan sisir dari Changkat Jering

Kulat @ cendawan sisir @ RM 2 

Nastolgia , ini makanan nastolgia dari zaman kanak-kanak.
Masa kecil dulu , kulat sisir ini mudah saja dapat dari kebun-kebun getah  berhampiran. 

Nak pula lepas hujan , banyaklah dapat kutip.
Kulat ini tumbuh  di batang pokok yang mati atau tumbang.

Masa dulu emak masak gulai lemak campur udang dan cabai hjau.
Sedapnya , bertambah-tambah nasilah jawabnya.

Kulat sisir ini pula saya beli di Pasar Cangkat Jering pagi  semalam .
Kedai berbumbung tepi jalan tu. Sayang tak ambil gambar.

Pasar ini dulu pernah masuk wayang dalam Filem Tiada Esok Bagi Mu arahan Jins Samsudin.
Rumah Jins pun kat situ , tentu dia nak upkan kampung diakan?

Siapa tau filem ini, filem era 80an dulu , lakunan Noor Kumalasari.

Rupa-rupanya di dalam pasar ini , ada macam-macam . Gerai jual kuih-kuih basah , gerai makan  pun ada  juga . Ada sate (saya tak nampak  , duduk membelakang gerai sate kalau tak memang order satu buat makan pagi), laksa, mee rebus, dodol (Shauqi minta beli dodol)  tapi dia sebut dol dol dol.
Kuih-kuih dia pun macam-macam ada yang tak pernah saya tengok.

Selain tu , ada gerai jual sayur-sayur kampung , petai, buah nam-nam pun ada (buah yang dah pupus). Susah nak dapat buah ni sekarang . Generasi sekarang pun kenal ke tidak.
Ada juga jual pisau, parang, batu-batu tungku (RM 25-29).

Walaupun selalu lalu untuk ke Ipoh atau KL  tapi tak pernah singgah . Inilah pertama kali kami singgah dan makan-makan di sini.





3 comments:

  1. saya pernah lalu Changkat Jering tapi tak pernah singgah. Kecuali beli petai tepi jalan dalam menghala ke taiping. tak ikut highway time tu.

    ReplyDelete
  2. wah..sedap sgt kulat ni...sy suka mkn benda ni tp payah dh nk jmpak skang....

    ReplyDelete