Beli kayu dapat batu.
1 set RM10.
Bila berhari-hari tak berupdet blog....otak pun beku tak tahu nak mula bagaimana.
Cara senang cari gambar yang belum publish. Kemudian buat cerita.
Sebenarnya kayu Tanaka ini saya beli di Myanmar dulu (tahun lepas). Masa di sana macam rajin saja nak nak gesek-gesek kayu tanaka kat batu lepas tu sapu kat muka . Kut-kut dapat muka gebu macam Nora Danish ....
Bila balik , buat juga sekali dua lepas tu batu dan kayu dok diam-diam dalam plastik juga. Susah wooo nak asah . Pulun dok asah tapi dapat secuit saja.
Kayu ini pula ada kategori dia. Kayu yang mengerutu di bahagian kulit luarnya lagi mahal sebab bahagian kulit itulah yang digunakan untuk disapu di muka bukan bahagian bawah kayu .
Majoriti wanita Myanmar memang menggunakan kayu tanaka untuk kecantikkan kulit wajah mereka. iaitu kayu tanaka yang sudah diproses dan dibotolkan seperti dalam bekas berwarna hijau dan putih . Kelihatan juga tanaka dalam bentuk serbuk di dalam plastik putih di atas meja.
Takut nak beli yang siap diproses , takut ada bahan kimia dan tak sesuai dengan muka sendiri , maka kami bertiga hanya beli kayu tanaka original sahaja. Dia juga tunjuk tanaka gred 1 dan gred 3 yang telah siap diproses dalam bentuk krim .
Penjual wanita di gerai ini memujuk kami membeli . Kata dia saya muslim you pun muslim tak tipu punya la.
Eh! tapi kami speaking la........
ooo.rupa2nya tanaka2 ni berasal dari jenis macam kayu laa yeaa. baru taw! :)
ReplyDeleteBau kayu ni cm ne ek?
ReplyDelete1st time dengaq bedak tanaka ni.. dah beli yang ori kena rajin la pulak kan...
ReplyDeletekalau makchaq mesti sekali pun belum asah lagi.. bedak yg dah siap dalam boti pun jarang nak pakai.. kalau nak kena adah dulu... hrmm
Kayu tanaka ni tak pernah dengar lagi..
ReplyDeletePandai pulak penjual tu ckp melayu ek hahahaa :D
kat sini pun ramai merreka yang masih pakai.
ReplyDeleteputih je muka pagi-pagi masa beratur nak naik bas
Hey you.. hehe.. nak tnya.. cmna nak dptkn srbuk kyu tnaka yg asli.. I means mmg srbuk kayu.. :-)
Deleteada pernah ternampak gambar yg muka2 orang kat sana ditepek2 dgn serbuk ni kan? betul ke? eh? ke silap. hurmm..
ReplyDeletejemput lah singgah
http://iluvtour.com
muka mereka memeng ditempek-tempek begitu....pandangan biasa di sana
ReplyDeleteakhirnya dpat jengah blog ni..hiks..kayu tanaka..cam jeoun sikit namanya..
ReplyDeleteJM pun mlas kalau nk gosok2 atas batu tu..kalau dh dh siap proses kekadang malas nk pakai..takut plak nk cuba kan..kang melupas kulit muka :-)