03 February 2014

ROTI CANAI HOME MADE

Teringat masa kecik-kecik dulu bersarapan pagi dengan roti canai buat sendiri.
Nenek yang buatkan. Masa dia uli pun tak sedar sedar-sedar nak makan saja.
Tapi tak ada kuah dal cuma cicah dengan kuah masak lemak balen-balen semalam atau cicah gula .

Ini projek roti canai dengan mak tok .Dia jadi kepala chef.
Uli pakai Bread maker jadi tak teruk sangat , tau-tau dah elok jadi doh.

Kami buat sekilo tepung dapat dalam  20 keping kecik-kecik. tapi agak tebal dari  kedai.

Bahan utama  guna tepung gandum sekilo , gula , marjerin , air , garam dan telur sebiji. Semua masuk dalam BM ... chef tunggu saja hingga jadi doh.

Dah siap ketul-ketulkan bulat-bulat dan letak minyak di atas setiap satu ketulan kecil tu.
Perap sekejap.

Ambil satu doh tarik jadikan nipis . Jangan sampai terkoyak . Minyak sebagai pelincir.
kemudian temukan hujung ke hujung dan buat seperti sanggul siput seperti gambar di atas.

Bila nak goreng tekan-tekan sanggul siput tadi jadi leper  dan goreng dengan minyak sedikit.

Chef kecik tengah goreng roti canai.

Dah siap ....makan dengan kuah dal.

Bertahun tak makan roti buat sendiri .....

Post a Comment