Thailand sebuah negara yang bergantung kepada ekonomi pelancongan. Mereka mempergunakan semua benda yang mereka ada sebagai tarikan pelancong. Etnik-etnik yang mempunyai pelbagai gaya hidup, kecantikan alam, kecerdikan binatang yang terlatih seperti gajah semua menarik kita untuk melihatnya.
Namun kami bernasib baik, sesudah sampai di rumah dalam sehari dua terdengar berita letupan bom di Padang Besar , Sadoa di selatan Thai. Itu adalah laluan kami tempohari . Thai yang sentiasa bergolak tapi pelancong tetap juga bertambah setiap tahun.
Sambung cerita yang tak habis lagi ......
Hari ini , pepagi lagi kami bersiap nak masuk ke Myanmar dari Mea Sai. Bayaran masuk RM 50 dikenakan bagi setiap seorang. Kami masuk betul-betul ke sempadan sahaja . Janji nak masuk 2 jam tapi dah terbabas sampai 4 jam. Hahahha ...ralit kat dalam tu.
Masa kami sampai banyak kedai baru nak buka. Jadi pusing-pusing dulu dah habis masa kat situ. Tapi jika lewat sikit berduyun-duyun kena beratur nak melepasi imigresen pula.
Dah masuk Myanmar ....sejuk . Rasa-rasanya suhu 4C masa ini,
Tengok , semua orang menahan kesejukkan.
Go to Myanmar.
Waktu pagi di Mea Sai. Kedai pun tak buka lagi. Tapi lepas kami keluar dari Myanmar
dah sibuk aktiviti paginya.
Kawasan berbumbung biru tu temapt jual cenderamata ....FM , tshirt dan sebagainya.
Menghala masuk Myanmar kena melalui laluan ini.
Warna bendera dah bertukar.
The City Golden Triangle
Gerai Bedak Tanaka from Myanmar.
Gerai ni milik peniaga wanita muslim , hafizah lagi .
Bila masuk ke Myanmar , baru saya tahu wanita dan anak gadis Burma
memakai bedak tanaka seperti Red Indian. Mereka sapu di kedua -dua pipi bukan sapu rata macam biasa.
Haih.... gambar tak ambil pula.
Masa ini dah keluar dari Myanmar keadaan sudah sesak berbanding masa kami masuk pagi tadi.
Orang ramai yang beratur nak masuk sempadan.
Tengah tengok Samsung s4.
Masing-masing bawa balik sorang sebijik.
Apa yang ada di sini sehingga sanggup bayar RM50 untuk masuk ke sempadan?
Bagi peminat telefon , berbaloi sangatlah .Harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar.
Power bank , ipad, casing telefon yang cantik tapi murah di sinilah tempatnya.
Selain tu kami beli kasut sukan , batu permata , cincin , gelang , jam tangan ( perempuan kan ...?) dengan harga yang tak di sangka-sangka.
Jadi dari 2jam dah terbabas jadi 4 jam....tak sedar masa beralu . Dah kena panggil dengan En. driver pula.
Di sini memang sejuk sampai kaki dan tangan dah rasa kebas. Masa ini Thailand memang musim sejuk jadi bila ke sana jangan lupa bawa pakaian yang sepatutnya.
Nanti sambung cerita siam tak habis lagi.
Selamat berhujung minggu.
Assalamualaikum dan salam singgah ahad di sini...wahhh..bestnya sis dapat melancong ke Myanmar...
ReplyDeletealhamdullillah..cuti bersama keluarga.
Deleteterbaik....saya suka Mae Sai
ReplyDeleteya...Mea Sai yg nyaman
Deletebest nya jalan jalan
ReplyDeletelapangkan minda di hujung tahun
Deletebedak tanaka! pure tuuuuu :)
ReplyDeletetanaka ori....
DeleteAmboi Nieda, berjalan sakan hujung tahun aritu ya...
ReplyDeleteHahah boleh imgagine cemana dorang pakai bedak tanaka :D
ReplyDeleteMurah eh kat sana?