07 January 2014

NIGHT BAZZAR DAN KALARE MARKET CHIANGMAI

Tak habis-habis entry pasal Chiangmai ni.
Bukan apa sebab bertangguh , kalau cepat-cepat masukkan dah lama habis.
Nak juga habiskan cerita , nanti tergantung pula . Esok-esok kalau nak tengok balik gambar ke sini boleh klik saja.

Selepas keluar dari Myanmar, kami pun bergegas balik ke hotel ambil barang dan terus menuju ke Chiang Mai semula. Menginap lagi semalam di Chiang Mai tapi bukan di Farook Hotel  tapi kami tukar hotel yang berdekatan dengan Night Bazaar pula . Boleh jalan kaki saja ke sana.



Perjalanan ke Chiangmai dari Mea Sai.

Bilik hotel di People Place .

Pintu masuk People Place Hotel , Chiang Mai.

Sampai dah malam , lepas masuk bilik keluar balik untuk makan malam . 
Jalan kaki saja.  Kami makan di Roumit Restoren juga di dalam Night Bazzar.
Walaupun tak booking tapi sekejap saja makanan siap untuk kami makan 13 orang.

Makan time.

Selepas makan kami pun menuju ke Night Bazaar nak jamu mata sebab malam ini malam terakhir kami di sini. Kalau tak cukup duit ada money changer di sini. Alia sempat lagi tukar 5 USD duit lebih masa pergi Vietnam tahun lepas  dapatlah dalam 15o bath.

Dari Night Bazaar kami bertiga ke Kalare Night Bazzar pula. Anak-anak saya yang lain dah balik hotel lepas makan . Senang sikit mak dia nak merayau.

Kawan saya ni pun tukar juga duit .

Saya memang berangan nak beli beg baju  (yg ada roda 4) sebab murah di sini . Mula nak beli di Mea sai tapi tak sempat.
Mujur berjumpa kedai yang bagi harga yang best.

Masa saya  sampai di kedai ini , saya tengok ada orang tengah tengok beg . Ini kedai yang ketiga  yang saya singgah . Semua harga lebih RM 200 .Rupa-rupanya , pelanggan yang tengah tengok beg tu dari Terengganu. Jadi kami pun pakatlah , kalau 3 orang beli mesti tauke turun harga lagi kan?Maka dapatlah saya beg yang iimpikan dengan harga yang saya suka.

Mula-mula ambil warna oren tapi Alia pilih warna biru pula.
Saya beli yang warna biru akhirnya.


Bawah tanah.


Kedai lukisan.

Sibuk melukis.
Lukisan mereka macam gambar foto . Sangat real.

Harga ...yang kecil sekali RM90 sekeping.

Samakan?
Gambar asal yang kecil tu!


Beli beg ....tukar souvenier  dengan kawannya yang pergi New Zealand.


Kedai inilah yang kami makan. 
Ada  pekerja Mat Bangla yang boleh cakap Melayu sebab dia pernah kerja di Malaysia. 
Ada juga pelanggan dari Malaysia rasanya masa kami makan tadi.


Beg-beg kami.

Pagi-pagi dah turun tunggu van jemput ke tiga  lokasi terakhir hari ini sebelum berlepas pula ke Hadyai.
Agak-agak cukup tak naik sebuah van dengan jumlah beg yang banyak dan 13 orang ahli rombongan yang sebelumnya kami guna 2 van ?

Tentu tak kan?
Tapi driver van yang baru ini bersetuju tinggalkan beg kami di hotel dulu . Selepas melawat dan hantar kami di airport dia akan datang ambil balik bag di hotel ini.
Jadi kami selesa saja dalam sebuah van lagi pun ini hari terakhir di sini.






7 comments:

  1. banyak ke dia turunkan harga masa beli beg tu kak? best kalau pergi reramai gini kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beg tu agak besar (cer tengok dlm gambar last) tapi harga tak sampai RM 200. kat kat sni mau RM200-Rm300

      Delete
  2. fuiyoooo beg beranak pinak.. hahahaaa.. :D
    Indah betul shopping kat sana kan :D

    ReplyDelete
  3. Salam. nak tanya susahke nak dapatkan van untuk disewa? berapa sewa yang puan dapat untuk sehari?

    ReplyDelete