27 February 2014

Pengukus baru

Ini gadget baru di dapur saya . Mengidam dah lama baru sekarang impian 
menjadi nyata.

Sekarang tak payah kukus dengan periuk kukus cap buaya dah walaupun itulah yang diguna bertahun- tahun pemberian ibu mertua  . Dah hampir 10 tahun.  Dia beli di Kelantan. Dia pun dah tak ada . 
Al Fatihah untuk mak mertua  Hajjah Sofiah bt Yusof yang disayangi .

Mak mertua saya suka berjalan . Best sangat kalau dia ada . Kalau makan angin dengan dia siap satu dua barang yang dibeli untuk anak cucu. Menantu pun dapat juga . 
Lekeh-lekeh sepasang kain 4 meter .

Dalam kereta kenyang makan  kuih muih. 
Nasi dan lauk pun ada juga untuk makan dalam perjalanan.

Time raya tok sah kira , berbaris cucu terima baju raya dari opah.
Ingat tak cucu-cucu opah semua?
Tapi kini semua jadi kenangan .

Food Steamer  Elektrik
.
Dalam kotak lagi.

Berbentuk oval tiga tingkat .


Jangan  lupa isi air.

Paras selamat air yang dibenarkan.


Tengah mengukus.
Ada  timer.

Apam gula hangus @ apam sengek.

Bawa sikit ke sekolah pagi tadi  , makan ramai -ramai. 
Ada yang kata rasa macam kek.
Bukan kek tapi apam je.....







Post a Comment