25 February 2014

Sehari di Kuala Kangsar

Ke Kuala Kangsar le kite

Hari Sabtu minggu  lepas, kami empat beranak ke Kuala Kangsar.  Bertolak dari rumah dah malam selepas maghrib maka sampai  di sana terus tuju hotel.
Shauqi dah lena dalam perjalanan. 
Haish...budak enam tahun masih nak duduk beriba dengan mak di depan.

Tujuan kami ke KK untuk meneman  suami bertanding petanque di Kuala Kangsar.

Hotel dah booking sehari sebelum .  
Bilik dengan katil queen dan satu single. No breakfast dengan harga RM 115.

Suami nak duduk di Sungai Perak Resort yang  dekat dengan lokasi pertandingan tapi sebab kita yang   servey hotel  makanya  ikut kepala sayalah.

Bila dah malam , dia pun tak banyak cakap terus setuju saja.
Tapi bila masuk ke bilik pelek sikitlah saya rasa....katil single dengan queen di pisahkan dengan rak barang di tengah-tengah. kemudian ada tiang besar pula di tepi rak tu. Gambar tak ambil pula.

Bilik jadi sempit.
 Saya tak tahulah bilik ini saja yang sedemikian rupa sebab di dihujung atau semua biliknya sama.

Memandangkan kami tak lama  ,sampai pun dah hampir 11 malam . Pasrah sajalah. Bila tengok Sungai Perak Resort macam best pula... tulah tak nak dengar cakap suami lagi.


Single bed. 
 Dah lena budak tu.
Nampak tiang besar sipi-sipi dekat kaki suami saya tu....nak kena menyelit untuk ke katil sebelah sana.
Haru sungguh..

Katil besar
Banyak pula tempat letak barang.Bila dah banyak begit takut pula barang tertinggal.


Bilik air


Pemanas air.





Lokasi pertandingan Petanque di bawah Jambatan Sultan Abdul Jalil.


Awal pagi baru nak bermula acara.

Sungai Perak Resort berdekatan dengan lokasi pertandingan.
Kawasan pertandingan di belakang bangunan ini sahaja.

Selepas menghantar suami ke tempat pertandingan , kami pun merayau ke pasar sehari Kuala Kangsar.
Makcik tu turun kereta  nak ke pasar sehari KK.

Pasar sehari Kuala Kangsar


Tepi sungai .

Buah pisang kaki .
Ada yang RM 10 (besar) dan RM 8 (keci tapi tak ada biji) manis sekali.

Buah ciku. 
Susah nak jumpa buah ciku sekarang.

Gerai keropok dan kacang.

Pasar ini terletak di celah deretan kedai. Ada lorong dikkasnya menjual pakaian sahaja, lorong ikan dan barang basah , dan lorong kuih-muih.
 Ada juga saya terjumpa orang jual wang-wang lama.

Kalau Shauqi nampak mainan ni...nahas mak dia.

Orang dah mula ramai.
Sebelah kiri lorong untuk ke pasar sehari.

Bilik kami 201.




KTM
Cantik dan baru.
Sekali pandang macam masjid.


Banyak tempat menarik di KK tak dapat diterokai hanya setakat sampai di pasar sehari saja
dan bersarapan roti canai di kedai tepi sungai . Saya hanya berehat di bilik sambil baca novel sementara menunggu suami bermain petanque.

Kami check out pukul 12 tengahari.

Nama hotel dirahsiakan .






14 comments:

  1. assalam Nieda..acik pun sama..kalau kena mana memang acik yang suka pilih tempat mana nak tidur..suami ikut je..
    acik pun suka ciku..biasa beli yang ada jual dibuah potong je..

    ReplyDelete
  2. petanque tu apa kak?

    nampak macam sempit sungguh bilik tu..tapi harga tu mungkin ok la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bowling padang. nanti akak cuba buat entry ya

      Delete
  3. Teringin nak ke KK... last kesana 3 tahun dulu mengantar anak angkat balik.

    ReplyDelete
  4. saya teringin nak try main petanque ni..
    KK mmg best..
    Tapi selalu saya skip tiap kali buat trip ke utara..selalu pi Ipoh..Tepeng aja

    ReplyDelete
  5. mmg nampak sempit la hotel tu kak...huhu..

    sedapnya ciku kak...mana nak dapat ni???

    ReplyDelete
  6. Makchaq KK ni rasanya 2 kali ja pi.. selalu lalu saja..
    tapi 1st time pi tahun 80 hitch hike lepas SPM. Lepas tu tak pernah pi sampai la pakchaq bawak beberapa tahun lepas..
    singgah pi makan ja pun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan laksa ka makchaq ? laksa KK femes ooo

      Delete
  7. Macam best jer pasar tepi sungai tu ye..akan diterjah klau panjang umur dan ada rezeki insyaallah

    ReplyDelete
  8. kk ni sapa yg suka cari brg kraf dan barang lama di sinilah tempatnya

    ReplyDelete
  9. Lama tak main petanque..bekas juara dunia ni.hahaha. Tipu jerk..tgn pun tak bedung..ada hati..
    Laksa ada?

    ReplyDelete