Menunggu giliran tak sabar nak naik flying fox .
Jarak dari tingkat 2 hingga ke tempat parking kereta.
Ada guru yang menjaga di atas, tengah (baju hijau) dan di tempat mendarat .
Shauqi dah mula terbang.
Nun jauh di sana.
Tak sampai 5 minit pun , dah sampai.
Dah sampai , alhamdullillah.
Selamat sampai ke bawah ....seronoknya.
Ada hati nak ulang lagi ...tak puas katanya.
Program berkemping di sekolah hari ini , ada slot flying fox.
Shauqi tumpang juga nak merasa terbang macam abang dan kakak Tahun 3, 4,5
dan 6.
Bila dia dah dipakai tali keselamatan , hati maknya yang gedebuk gedebak.
Betul ke ni, tadi dah bagi kebenaran anak nak naik.
Bukan apa , sebab dia peserta termuda 6 tahun.
Tapi si anak cool saja , siap melambai-lambai dari atas.
Bila dah jejak ke bawah , hati pun lapang .
Pengalaman buat Shauqi dan kenangan untuknya juga.
Terima kasih untuk cikgu-cikgu yang mengelolakan aktiviti ini, Cikgu Syamsul, Cikgu Nahrawi
dan cikgu Faizol.
Tahniah shauqi..berani
ReplyDeleteHahaha... cool jer muka dia, seronok sangat la tu dapat terbang
ReplyDeleteGood boy muka steady je leh senyum lg tu, mmg berani lah shauqi ni, auntie jm gak yg gayat :-)
ReplyDeleteBerani!
ReplyDeleteKecik2 dah di dedahkan aktiviti macam ni...sebab tu ramai anak2 sekarang berani...tahniah sayang..
ReplyDeleteanak lelaki biarlah dia lasak...insyaallah dia mudah mngharungi liku liku hidup bila dewasa nanti
ReplyDeleteFuyoooooo cayalah dah macam superman datang menyelamat. hahahaha
ReplyDeleteMuka excited jer dia yer...mak negok lak yg takut :)
ReplyDelete