10 March 2014

MH 370 pulanglah






Saya tak dapat bayangkan kekalutan manusia yang sedang mencari MH 370. Bukan negara kita sahaja yang sedang berusaha berhempas pulas tapi negara-negara dunia lain juga turut bekerjasama.

Saya juga tak dapat bayangkan betapa ahli keluarga ayah , ibu, suami , isteri , anak , saudara  yang terdekat dengan penumpang MH 370 menjalani hidup mereka sekarang . Tidur berendam air mata, makan tak lalu, pasti hari-hari  pun mungkin dah tak  tahu.

Wartawan-wartawan yang mengejar berita tentu juga tak cukup rehat dan tidur kerana setiap cerita MH 370 pasti ada untuk tatapan umum.

Sehari-hari terlalu lambatnya waktu. Asyik tertunggu-tunggu khabar berita tak tahu bila akan ketemu.

Saya juga terbayang-bayang   andainya MH 370 tiba-tiba mendarat di mana-mana. dengan selamat.

Pasti sujud syukur  menyambut momen indah waktu  itu.

10 comments:

  1. Kita sebagai rakyat msia juga masih menanti2 berita dan status terkini...masih berdebar2 ingin mengatahui nasib mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap hari begitulah keadaannya sehingga ada tanda2 penunjuk baharu mungkin hati akan lega

      Delete
  2. Amin amin ya Rabbalalamin....jika sekiranya MH370 mendarat dimana2 dengan selamat.

    ReplyDelete
  3. Itu harapan ramai orang..semoga mereka selamat...

    ReplyDelete
  4. jgn berhenti berdoa dan berharap..

    ReplyDelete
  5. kita doalah..
    walaupun dah bnyk hri ni..tetp harap ada keajaiban..dia dah selamat mendarat kat suatu tempat.

    ReplyDelete
  6. Sama samalah kita mohon agar Allah pertemukan ..insyaallah

    ReplyDelete