05 April 2014

Van di Chiangmai

Hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman kami semasa bercuti di Chiangmai dengan menggunakan van semasa di sana.

Kami ambil 2 buah van untuk 13 orang .
Cukup selesa , tak berhimpit-himpit dengan 2 buah van tersebut.
Kenapa kami ambil van dan  tak guna bas ?

Sebab utama ialah target kami nak ke Doi Poi iaitu tanah tinggi di Chaingmai hanya hanya boleh dilalui dengan van atau kereta atau motorsikal sahaja kerana jalan yang sempit dan berlekuk-lekuk.
Bas tak boleh sampai ke situ.

Pemandangan bandar Chiangmai  dari Doi Poi.



Ini adalah keadaan dalam van yang dihias cantik. Lengkap dengan tv LCD besar  di dalamnya.
Berebut anak-anak saya nak naik van cantik.

Sebuah van lagi tak berhias, mak naik yang tak berhias  tapi dah cukup ok.
Kebersihan sangatlah dijaga oleh pemandu kami.
Setiap kali nak mula perjalanan memang bersih . Tiada lagi tinggalan plastik  semalam atau pasir , habuk dan sebagainya di dalam van.

Shauqi dan mak tok.

Sampai ke atas berhias.

Di hadapan bilik hotel di Mei Sai. 
Sejukkkkkkk sangat.

Bermalam Mei sai , tak payah pasang aircond sejuk yang semulajadi.
Tak cukup  selimut . Tidur berhimpit-himpit pun tak dapat menahan sejuknya. Dahlah binaan katil daripada batu macam karton Flinstones.

Patutlah , saya lihat pemandu kami siap bawa baju tebal  sebagai tambahan semasa nak bertolak ke  Mei sai dari Chiangmai. Padahal baju sejuk dah pakai dibadan.


Jalan raya di Siam yang luas dan lebar serta lurus  memang best.
Perjalanan lancar, smooth saja dalam van.

Sekadar berkongsi pengalaman  di tempat orang.





12 comments:

  1. Memang cantik nampak digambar van tu nieda

    ReplyDelete
    Replies
    1. org siam sanggup berhabis utk cantik van mereka

      Delete
  2. Insyaallah nanti ada rezzeki teringin nak jejaki chiangmai ni lagi..nak rasa kedinginan malam di Mei Sai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa bawa baju sejuk lebih Nekcik ye....sejuk sampai ke tulang hitam

      Delete
  3. Gila hebat van ni. Mewah sungguh.

    ReplyDelete
  4. Betul... nampak mewah sangat suasana dalam van tu.

    ReplyDelete
  5. tempat ni memang sejuk ke?/sesuai untuk yang nak berbulan madu..ekekek..

    ReplyDelete
  6. Canggihnya van... kalau kat sini van selalu biat angkut barang ja
    Selalu dengaq cerita jalanraya kat siam cantik

    ReplyDelete
  7. masa p krabi/phuket dulupun saya naik van, nieda. lebih senang rasanya..
    chiengmai saya belum tiba lagi. boleh share ya nanti..teruja nak tahu camna tempat

    ReplyDelete
  8. kak nieda g chiang mai ni thn 2014 ni ke?
    ok tk?
    tade bergolak2 kn?
    igt nk g awal thn depan.

    sulfat_bubble@yahoo.com
    sulfat.bubble@gmail.com

    Fatin

    ReplyDelete