Urusan temuduga Alia di UKM , Bangi semalam kami memilih menginap di Hotel Marvelot.
Nescafe ada juga
Rasmi dulu.
Shampoo+ bath
Katil bujang,tilam best.
Almari tidak disediakan, hanya gantung pakaian jimat ruang.
Bermalam di Hotel Marvelot , Kajang saya rasa sangat berbaloi dengan harga dan suasana bilik hotel yang bersih dan servis yang baik. Terletak berhampiran jalan utama. Di hadapan hotel juga terdapat restoren, kedai serbanika , sederet dengan KWSP (sebagai mercu tanda) dan hanya 3 minit ke stesyen bas Kajang.
Harga bilik bermula dengan RM78 dengan bilik standard.
Kami memilih bilik family dengan harga RM128 dan deposit RM20. Kami check out 1.30 tengahari jadi depositnya hangus. kalau keluar sebelum 12 harga hanya RM128 sahaja.Petugas memaklumkan awal tetapi kami ambil masa berehat dan bersolat sebelum bertolak balik.
Aircond elok, tv flat screen, air laju , wifi free dan ada disediakan komputer di lobby untuk tetamu, toiletories
juga diberi serta 2 paket nescafe juga dibekalkan. Namun tiada sarapan diberi.
Alamat:
No. 7, Jalan Hentian 3, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Selangor Darul Ehsan., Kajang, Kuala Lumpur, Malaysia.Tel : 03-87407277
Kiranya rm20 tu for late check out lah tu
ReplyDeleteYa JM ...macam tulah kiranya. Kalau kita check out awal selamat RM 20 tu
DeleteTak apalah hangus RM20/- daripada kelaur awal nak solat kena berhenti lagi. Kalau dan solat kan nak jalan senang hati..
ReplyDeletehati lapang sikit bila dah selesai satu tanggungjwab
Deletewah bestnya yang rasmi dulu tu..berbaring sambil layan wifi ye..
ReplyDeleteyg ptg bersih kan...tak pela nasib baik 20 hengget je ;)
ReplyDeleteas long as its clean and comfortable...
ReplyDelete