18 June 2014

Rumah Strawberi

Tertunda-tunda nak masukkan cerita Indonesia lepas sehari ke sehari.. Tup-tup jadi berhari-hari.
Waaa...bulan 6 , bulan bercuti sungguh. 

Bermula berjalan ke Melaka kerana kenduri anak saudara, kendian berlepas ke Indonesia pula.
Orang dah mula buka sekolah , mak tambah cuti lagi sebab bawa anak temuduga kemasukkan ke universiti . Ambil ....seminggu sampai dua kali turun KL.

Esok sekali lagi jadi pengiring anakanda. Semoga mudahkan perjalanan kami  dan murahkanlah rezeki
 NUR ALIA ke menara gading. 
Amin.

Sambung lagi yuk....

Kami tiba di Rumah strawberi selepas lawatan ke Floating Market.
Masa ni perut dah kenyang sebab dah makan nasi timbel di Floating Market.

Bila kami sampai , kami lihat ada orang tengah makan di tempat disediakan. Tempatnya menarik sekali dengan susunan  lanskap dan dekorasinya.   Ada mussola turut  disediakan.

 
Tangga naik menuju kebun strawberi. 
Ada pakej memetik strawberi dan makan tengahari  di sini.

Ada seorang pekerjanya akan menyambut kita di situ untuk pakej-pakej yang disediakan. 
Kami tak ambil pun pakej sebab dah makan  sebelum ke sini.


Boleh merasa jus strawberi juga di sini.
Tapi kami tak minum pun ....huhuhuh.


Model wajib.


Buahnya boleh dikira.
Tak berapa meriah . Lagi meriah di Cameron Highland tapi kami terpegun cara mereka membangunkan tempat ini kepada pelancong dengan cara tersendiri.



Nampak sebijik.
Sempat lagi posing.
Pintunya bermangga kami tak boleh masuk kecuali kami ambil pakej petik dan makan.
No,no,no.... perut dah penuh.

Dah nak turun.
Kami tak lama kat sini. Lepas tengok kebun kami pun menerukan perjalanan ke tempat penginapan.


Ada jualan berupa buah-buah strawberi....beg, keychain, tapi kami tak beli pun.

Bahagian bawah disediakan meja untuk makan-makan.


Kawasan ini memang kawasan nursery. 
Setiap rumah ada saja pokok-pokok ditanam buat jualan.
Cuaca yang sejuk dan nyaman sesuai untuk pokok-pokok ini hidup.
Gamaknya ini merupakan sumber pendapatan utama penduduk di sini.


Kan ....ini lagi.

Kami meneruskan ke hotel.
Dah petang masa ni.

Layan gambar ....

Rumah-rumah di sebalik pokok.


Kedai .


Banglo sapa la tu?



Jika anda dari Floating market , anda boleh singgah makan di Kampung Daun  jika anda belum makan di  Floating Market.
Dekat sangat .

 Anda juga akan jumpa kampung Gajah. Sila google sebab kami tak singgah juga.

bersambung.......

8 comments:

  1. Baru nk tanya kak nieda, try tak rasa strawberry indon..mesti manis nye lain sikit..last week JM ke CH...buah strawberry kurang menjadi..cuaca pun panas je...try mkn yg di jual...MASHAMMmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni kak tak beli ....dulu dah try di tangkuban parahu.
      manis melenting. masa tu sukalah dpt buah manis dan murah pulak tu tapi tau-tau depa rendam gula. poyo sungguh.

      Delete
  2. lama tak menyinggah sini. hehe. seronok tengok akak jalan2 :)

    ReplyDelete
  3. Makan di Kampung Daun... perkara musti bila ke Bandung Nieda... cantik tempat tu... sejuk dan nyaman je. makanannya pun sedap... masakan sunda.

    ReplyDelete
  4. semuga Alia dapat mencapai impiannya..insyaallah
    wa libur sakkan Nieda ye...

    ReplyDelete