Tahun ini saya menjual kuih raya . Selepas bercuti lama dari meniaga biskut raya.
Ada 15 jenis biskut yang dijual. Ada pelbagai nama sampai tak ingat . Boleh macam tu?
Almond London, Tat nenas wajib ada. Selain itu ada Capino, Almond Roca , Casablaca, Nilam Sari, Jejari Oat, Hati kama(Conflakes) itu yang ingat. Ada lagi tapi lupa pula yang lain.Malas pula nak bangun tengok nama -nama biskut ni .
Taukeh sebenar mak saudara, saya tolong jual saja sebab tu masa awal-awal tu tak berapa nak ingat nama biskut. Tertukar nama pun boleh jadi juga. Nasib baik sekarang dah ingat. kalau tak nanti orang nak yang lain dapat yang lain.
Paling saya suka biskut tat nenaslah. Lembut , gebu , masam manis bersatu dalam mulut . Alahai sebekas tak cukup kalau macam ni.
Mula-mula saya rasa almond roca . Tukang jual kena rasa dulu baru tahu sedap ke tidak.
Tapi bila rasa semua , hati jadi keliru sebab semua rasa sedap pula.
Chocolate Squre
Kuih bakar @ kuih bangkit
Almond delight
Snow almond
Siap untuk dihantar kepada pelanggan.
Suji Brunei
Sweet Memories pun sedap .
Bersalut dengan kepingan badam.
Sapa nak order angkat tangan.
yumyummm...sedap tuu
ReplyDeleteLohh ingatkan kak nieda buat biscuit raya pastu jual rupanya tlg jual je. Jm pun dh byk jenis jgk beli ni ada org jual kat opis
ReplyDeletenampak sedap-sedap belaka biskut raya ni :)
ReplyDeletemrs berkenan dengan almond delight tu..nampak mcm crunchy!
ReplyDeleteassalam Nieda..bangkit kacang hijau tak de ke Nieda..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteamboi rajin nya depa...
ReplyDeletewah jadi towkay kuih...kena dtglah nak tumpang makan kuih rayer...alahaii jauhlah bebeno..
ReplyDeleteitu la cabarannya bila jadi tokey kuih. semua kene rasa. kalau semua sedap memang parah jugak la.
ReplyDeleteheheheh~
sedapnya tengok kuih raya ni semua..
ReplyDeleteEh terasa pulak suji tu cair dlm mulut... sedapnya....
ReplyDeleteSuji berapa sebalang?
ReplyDelete