08 July 2014

Pasar Baru



Bercinta nak keluar entry baru  aih !
Dah lama dok dalam draf   gambar-gambar ini . Nak menaip mak aaiii......

Tulis la sat sementara nak masuk dapur pula lepas ni.


Berkunjung ke Indonesia kali ini , hanya 2 jam di Pasar Baru untuk membeli belah.
Tak beli , nanti  apa pula kan .  Dah sampai mesti sambar apa yang patut. Mangga 2 pula pun lebih kurang juga. Sekejap saja sebab hari last , dah balik . Takut tertinggal kapal terbang pula.

Setakat 2 jam , memang kelam kabut membeli . Bila jumpa pilih-pilih bungkus terus.
Di sini kami beli telekung, kain pasang, batik indon,  dan sikit barang -barang lain.

FM juga beli di tangga depan masa menunggu supir . 
Tempat lain susah nak jumpa.

Dapatlah 6 keping  FM yang jenis getah (dalam sekeping ada 6 FM) Rph 100000.
Mula-mula dia memang tak bagi sampai 6, tapi dah pernah beli dulu makanya minta enam jugalah.

Pasar Baru - beli kain batik ela .
Untuk buat kameja suami. 
Kenapa beli? Sebab tak berkedut ...jangan tak tahu tak payah seterika pun tak apa.
Sebelum memilih  kasi duduk dulu ci abang tu.
Biar dia tak merungut menunggu lama.


Beli kerepek dan pisang keju .
rupa-rupanya di sini pun ada amplang macam kat Sabah tapi bentuknya macam kerepok lekor panjang-panjang. Sedap pula terasa isi ikannya. Ada yang biasa dan ada yang pedas (sangat pedas).


PENGAMER 

Masa memilih kudap-kudapnya datanglah pengamer ni .
saya okey saja ....nyanyilah lama-lama pun.



Dari Pasar Baru kami meneruskan perjalanan untuk ke Kawah Putih pula.
Lama juga menunggu si Jodi supir kami sampai ambil kami semula. Macet sangat.
Masa menunggu Jodi di atas tangga Pasar Baru nampak buah salak yang besar mengancam. tapi tak terbeli...kalau rasa nak beli , beli terus jangan tunggu nak beli tempat lain akhir langsung tak jumpa.

Masa kami di tangga ni juga , ada penjual beg sandang (boleh buat beg sekolah anak ) dah fasih bercakap melayu Kelantan. Confuse sekejap  dia ni orang Kelate ko orang Indon?  mesti orang Kelate  ramai ke Bandung bershopping sebab dia kata belajar dengan pelancong saja sudah pandai .

Bersama Jodi supir kami. Orang Padang dan pemegang ijazah .
Makan tengahari di Restoren Manjabal 2 . 
Sedap dan murah . 
Kami  makan nasi Timbel.

Menu



Macam nak tambah jer....

Jus oren yang kaw.

Sambal + ulam.

Di restoren ini ada musala   ( majoriti kedai makan di Indonesia  ada di sediakan surau ) kami  solat dulu sementara makanan siap .

Selain itu kawasannya cantik dan bersih .  Ada juga tempat makan bersila ala-ala Jepun disediakan.  Tapi kami makan di bahagian atas saja .

Menghijau........


Dah.....jom masak.












7 comments:

  1. pasar baru memang tk cukup masa kan? capai itu ini kelam kabut.takut trlepas kpl terbang..begitu la keadaan masa saya shopping sana.tk smpat nk betul2 pilih.spatutnya masa prgi sana biar 1 hari suntuk di situ baru best.kan kan.and jgn bawa suami2...depa boring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat 2 jam , apa hal kan?mmg kelam kabut la.

      Delete
  2. Klau x ke pasar baru tu cam x lengkap je kan. Ahakss lawak lah kak nieda, kenapa beli utk suami? Sbb x kedekut! Hahaha
    Bukan ke itu tandsnya syg sama suami heeeee

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai...teruja baca cerita kak nieda jelah....

    Selamat Pagi akak...:)

    ReplyDelete
  4. Ala 2 jam je kat pasar baru mana cukup kurang2nya setengah hari menepek kat situ baru puas hati shopping. hehehehe
    kain-kain batik dia banyak dan boleh rambang mata nak membeli.

    ReplyDelete
  5. masa kt sana tak sempat pon rasa pisang keju tu...msti sedap kan

    ReplyDelete
  6. Belum pernah ke restoran Manjabal 2. Mahal tidak harga makanan di situ Bu Nieda ? kalau murah kapan-kapan ke Bandung ingin mencoba juga.

    ReplyDelete