20 August 2014

Bila mesin basuh PENSONICS rosak


Aduhai, terseksanya badan bila mesin basuh tiba-tiba buat hal.
Nak pula baju nak basuh bukannya sikit-sikit . Menimbun jugalah. Mak , ayah , anak-anak lagi. Baju sekolah kena basuh hari-hari . Kan  teruk jika mesin tak berfungsi.

Mesin basuh kat rumah ni tiba-tiba saja   stop masa tengah isi air nak basuh. Berhenti macam tu saja. Tapi power masih ada menyala. Kalau lampu pun tak menyala masalah lagi besar mungkin motor dia rosak pula kan.

Dah buntu....kalau nak beli mesin baru macam boleh pakai lagi. Cari guanrente kad pun dah hilang masa mengemas nak raya  hari itu. Fikir punya fikir , pergi balik kedai elektrik yang beli dulu.

Waa...tauke tanya aada garenti kad tak?  Ah , jenuh nak cari pula. Last-last minta nombor telepon khidmat pelangan brand mesin basuh .

2, 3 hari jugalah basuh sendiri. Dah lah cuaca tak  berapa nak panas minggu ni. Lembap saja kain baju. Jemur dua hari baru ok sikit.

Saya call, esoknya sampailah En Azmi ke rumah.
Bila dia check boleh pula mesin jalan. Magik pula. Maklumlah tak basuh sehari dua kain baju.
Baliklah En Azmi tanpa perlu bersusah payah.Errr....dia tengok juga board, dan try test sekejap. Masa tu letak baju sehelai , dan proses membasuh berjaya sehingga selesai. Tapi akhirnya......

Malamnya , saya pun kumpullah baju nak basuh. Tup-tup 5 minit lepas tu , stop balik. Tak gerak dah. Jawabnya ambil balik kain baju basuh tangan ....huhuhuuu.

Terpaksa call balik En Azmi. Tadi masa balik kerja dia dah ada kat rumah. Rupa-rupanya getah dah longgar . Tak kuat nak putar mesin. maklumlah kerja keras hari-hari.

Nasib baik kos pun tak mahal dalam RM 50 saja mesin basuh boleh digunakan semula. Jimat duit mak bulan ni.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang sama tentang mesin basuh  jenama yang sama anda boleh call En Azmi 019 457 4307. Terutama orang di kawasan  utara - Prai , Perak , Kulim , dan Taiping.

Fuh ! Lega .


Post a Comment