05 August 2014

Cerita raya kami 2014

Apa nak dikata raya tahun ni tiada gambar raya keluarga ...huhuhuhu.
Selepas balik solat raya , masa sibuk bersalam -salam dengan ahli  keluarga yang lain , ada  orang dah datang nak beraya.

Tahun ni  berkumpul  semua anak-anak sebelah keluarga mertua.  Selepas bersalam dengan ayah dan bonda mertua ,  anak menantu   diikuti pula dengan cucu-cucu pula. Bila cucu-cucu pun dan berpuluh orang mesti ambil masa . Nak habiskan sesi bersalam ini pun berpeluh menunggu hingga habis giliran.



Sesi keluarga kami bersalam.


Bersama ipar duai



Photo
mak-mak dan anak-anak.

Bila adik beradik semua balik beraya , kami akan berjalan raya pada hari raya kedua ke rumah sanak saudara. 

Rumah Mak Teh , rumah  pertama yang kami singgah.
Beraya sakan bersusun rumah hingga ke malam  baru habis berziarah.

Hari raya ketiga  pula plan dari adik-adik mereka nak buat Hari Keluarga pula . Maka berkumpul lah kami untuk makan-makan sambil mandi manda di Air Itam , Jelai .

Acara sukaneka juga diselitkan juga bagi memeriah acara.
Yang best, mak ngahlah (saya le tu)yang dapat hadiah banyak sekali.
Rezeki kan.

Pening nak menentukan tempat berkelah. Mula-mula ada yang syorkan Tasik Merah Lake Town. Fikir punya fikir tak ada tempat nak buat aktiviti sukaneka pula. 

Cadangan kedua nak ke Taman Tasik Taiping tapi tak ada tempat bermandi-manda . Tak sesuailah pula kalau tak main air macam tak best jer....

Last-last kami pergi ke AIr Itam , Jelai di Batu Kurau.

Air sejuk dan tak ada pencemaran lagi.
Namun ramai juga yang datang pada hari tu.
Kalau kami lambat memang tak dapat tempat yang best sebagai tapak pada hari tersebut.

Ada juga kelibat penjual petai baru turun dari hutan bawa petai-petai untuk dijual. 
100 keping dalam RM 40.
Bolehlah kan.
Bukan senang nak panjat pokok petai yang tinggi tu!




Anak cucu  Hj Dollah




Cucu sahaja.


Acara bawa bola ping pong dengan sudu.


Atuk and cucu  aktiviti mewarna.


Lari dalam plastik.


Cari syiling dalam tepung.


Anak cari mak.


Hadiah-hadiah yang menang.


Ini rupanya bila dah buka pembalut.

Seronok aktiviti keluarga pada hari raya pada tahun ini. Mengeratkan silatul rahim antara keluarga. lagi dua tahun pula dapat berkumpul semula macam tahun ini. Tahun depan giliran rumah sebelah mertua sana pula.







17 comments:

  1. Seronok la ni siap ada family day

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah buat sebelum ni....ini pertama kali organise

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam syawal ke-9,maaf zahir batin...wahh...meriah Raya...siap ada Hari Keluarga dan sukaneka lagi...hadiah pun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mar, ....rezeki mak ngah dpt hadiah byk sikit dr yg lain.

      Delete
  3. Meriah betul raya tahun ni kak nieda ramai anak anak buah siap ada family day lagi tu time raya mcm ni lah dpt kumpul ramai2 kan. Byk pulak tu dpt hadiah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak byk hadiah yg dpt..semua acara mak ngah masuk.lagi pun anak2 pun menang juga.itu yg dpt berganda2

      Delete
  4. Seronoknya nieda..ramai keluarga bila dah berkumpulkan..acik tahun ni tak dapat berkumpul ramai2.ada 2 abang yang tak dapat berjumpa dihari raya pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun sekali dpt bersama mcm ni. thn depan mungkin tak meriah tahun ni sebab da yg tak balik kpg.

      Delete
  5. seronoknya...meriah kan...sempat lagi buat hari kluarga seragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya nekcik.
      tempah seragam dengan logo hari keluarga dan nama sekali...

      Delete
  6. Siap family day tuuuuu...meriah noo

    ReplyDelete
  7. Wah! Siap ada aktiviti hari keluarga, best tu ya kak. Meriah!

    ReplyDelete
  8. Seronok nya menengok dan membaca cerita kemeriahan hari raya kengkawan blog... saya tak berpeluang merasai tu semua... mak ayah, mak mertua, tu semua serta abang dah lama pergi... yang tinggal cuma saya 5 beradik saja... tu pun kakak yg sulung tak ada anak, suaminya pun meninggal 4 tahun dulu... bila raya saya baliklah ke rumah dia. Adik beradik yg lain pun sama... kami tak di kurniakan ramai anak masing2 cuma ada dua atau tiga orang anak saja.

    ReplyDelete
  9. Sesi salam2 memang agak lama kalau ramai ahli keluarganya.

    Seronok Nieda dapat kumpul dan buat hari keluarga. Meriah dan dapat mengeratkan silatulrahim.

    ReplyDelete
  10. Best jugak kan sekali2 berkumpul ada pulak family day...semakin meriah semakin erat silaturrahim..

    ReplyDelete
  11. meriahnya raya awak.. selamat hari raya, salam kenal dari mama.. :)

    ReplyDelete